Dah Belasah Chelsea, Spurs OTW Nak Lauk Arsenal

Aktif, Bola

Sumber : Getty

Minggu lepas kita dah tengok Chelsea lunyai dibelasah teruk oleh Tottenham Hotspurs. Ada tak fans Chelsea yang tengah baca artikel ni? Korang ok tak tu? Ahad ni, 2 Disember 2018, kita bakal saksikan pula perlawanan tumpuan minggu ni antara Arsenal dan Spurs untuk Gameweek 14!

Buat masa Arsenal berada di tempat ke-5 dalam kedudukan liga dan Spurs berada di tempat ke-3. Masing-masing sekarang tengah busy nampaknya nak kejar Manchester City yang berada di puncak liga.

Sumber : premierleague.com

Sebelum kick-off game ahad ni, mari kita tengok beberapa point penting perlawanan North London Derby ni.

Rekod Pertemuan

Arsenal dan Spurs minggu lepas berjaya tapau 3 point penting daripada lawan masing-masing untuk melonjak naik kedudukan dalam Premier League. Rekod pertemuan Arsenal dan Spurs sebelum ni agak sengit juga sebab dorang ni memang rival jiran setempat. Sebab tu permusuhan dorang ni digelar North London Derby. Nah bawah ni ada map untuk korang lebih faham.

Sumber : az.co.uk

Memang sengit kalau dua team ni bertembung. Tengok je la rekod pertemuan Arsenal dan Spurs dalam Premier League sebelum ni kat gambar bawah. Tapi Arsenal nampaknya menang lebih banyak daripada Spurs. Mungkin disebabkan Spurs yang agak lambat membuktikan kehebatan dorang di pentas bola sepak eropah. Tapi Arsenal tak boleh harapkan rekod ni semata-mata. Game sebelum ni Chelsea dah terkono dengan Spurs. Jangan main-main dengan Spurs sekarang ni.

Sumber : premierleague.com 

Unai Emery VS Mauricio Pochettino

Unai Emery dan Mauricio Pochettino belum lagi pernah menang piala Premier League untuk kelab masing-masing. Memang boleh nampak lah dua-dua manager ni tengah berkobar-kobar nak menang Premier League untuk pertama kali dalam sejarah hidup dorang sebagai manager kelab Inggeris.

Kalau korang nak tahu, Unai Emery dan Mauricio Pochettino sebelum ni pernah bersaing juga dalam liga lain selain Premier League. Pada tahun 2009, Unai Emery pernah membimbing Valencia dan Mauricio Pochettino juga masa tu membimbing pasukan Espanyol dalam La Liga.

Pierre-Emerick Aubameyang VS Harry Kane

Sumber : Getty

Mana satu striker pilihan korang? Aubameyang dan Harry Kane ada kelebihan masing-masing. Aubameyang boleh lari dengan laju dan penyudah yang padu. Tengok je la kaki dia panjang mana. Harry Kane pula bijak cari peluang dan selalu berada di kedudukan yang pemain pertahanan lawan tak dapat baca. Kalau Harry Kane rembat, standby je la goalkeeper.

Setakat 13 perlawanan sebelum ni, ini statistik prestasi Aubameyang dan Harry Kane dalam Premier League.

 

Sumber : premierleague.com

Sumber : premierleague.com

Team mana yang korang rasa boleh menang minggu ni? Kali terakhir Arsenal kalah pada 19 Ogos 2018 hari tu menentang Chelsea. Spurs pula kali terakhir kalah pada 30 Oktober 2018 menentang Manchester City.

KATALAKI: Ada bran letak Harry Kane captain untuk team Fantasy Premier League korang?

Last modified: 3 December 2018