Dah Score Gol Pun Salah Sempat Buat Skill

Aktif, Bola

Kali terakhir pemain sayap Liverpool, Mo Salah berjaya jaringkan gol dalam Premier League ialah pada 9 Februari 2019 menentang pasukan Bournemouth. Selepas hampir 2 bulan, baru-baru ni, 6 April 2019, Mo Salah berjaya jaringkan gol peribadi ke-65 untuk Liverpool dalam perlawanan Premier League menentang pasukan Southampton.

Nampak la betapa puas hatinya Mo Salah selepas berjaya jaringkan kat gol untuk Liverpool siap buka baju. Mo Salah dilayangkan kad kuning selepas melakukan kesalahan membuka baju semasa meraikan gol. Tapi apa yang menariknya, masa tengah celebrate tu, siap sempat buat skill. Korang boleh tengok jap video kat bawah ni.

Andrew Robertson yang cuba memeluk Mo Salah dari belakang akhirnya terpeluk Jordan Henderson. Ada mata kat belakang kepala ke macam mana tu?

Untuk info, Mo Salah berpindah ke Liverpool dari AS Roma pada Julai 2017. Sebelum ni Mo Salah pernah gak bermain untuk pasukan Chelsea, tapi disebabkan selalu diketepikan masa bersama dengan Chelsea, Mo Salah berpindah dan beraksi bersama AS Roma di Itali selama 2 tahun.

Setakat ni, Mo Salah belum lagi berjaya menang piala bersama Liverpool, tapi pada musim 2017/2018 Premier League, Mo Salah berjaya menang Player of the Season dan Top Scorer ketika beraksi bersama Liverpool pada tahun yang pertama.

KATALAKI: Korang rasa berapa tahun Mo Salah akan stay kat Liverpool? Selama-lamanya atau 2-3 tahun nanti akan beraksi dengan Real Madrid atau Barcelona?

Last modified: 7 April 2019