Dah Tengok Trailer Filem Ni Belum Bhai

Sembang

Kot-kot la kalau korang busy tengah bercuti hujung tahun ni sampai ada yang terlepas nak tengok trailer filem terbaru yang baru je keluar, nahhh kami dah kumpulkan siap-siap untuk korang layan. Ini antara filem yang akan keluar tahun 2019 nanti.

Hellboy

Kalau korang dah tengok filem Hellboy sebelum ni lakonan Ron Perlman, filem Hellboy yang terbaru ni bukan filem sequel. Tapi reboot untuk filem Hellboy, maknanya pencipta Hellboy buat balik siri filem Hellboy dengan pelakon baru dan storyline yang baru. Pelakon yang akan bawa watak Hellboy yang akan keluar pada 12 April 2019 nanti ni dilakonkan oleh David Harbour, yang pernah berlakon dalam siri Netflix, Stranger Things. Boleh ke David Harbour lawan kehebatan Ron Perlman bawa watak Hellboy ni nanti? Harap-harap sampai kat Malaysia takde la tukar tajuk lain. Boleh buat orang confused. Tu pun kalau filem ni boleh lepas masuk Malaysia la kan. Apa lagi mari kita berhuhu brader! Huhuhuhuhu. Trailer kat bawah brader.

Men In Black International

Untuk filem terbaru Men In Black International ni, takde Will Smith takde Tommy Lee Jones! Tapi untuk korang yang memang ikut siri filem Men In Black daripada awal dulu, jangan kecewa sangat. Pelakon baru yang akan bawa watak penting dalam Men In Black International ni not bad juga brader. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson akan bergandingan untuk memburu mencari alien-alien yang liar kat bumi ni. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson sebelum ni pun pernah berlakon bersama dalam Thor: Ragnarok kalau korang perasan.

Jom kita layan trailer Men In Black International yang akan mula ditayangkan pada 14 Jun 2019 kat bawah ni. Yang dah tengok pun kena tengok lagi! Korang mesti tak perasan kereta yang dorang guna dalam filem ni pakai no plate KL kan kan kan?!

Glass

Filem sequel ketiga lepas Unbreakable (2002) dan Split (2016), lakonan Bruce Willis, Samuel L. Jackson dan James McAvoy, Glass akan mula ditayangkan pada 18 Januari 2019 nanti! Mungkin ada antara korang yang memang dari awal masa filem Unbreakable keluar dah memang layan cerita ni. Ada juga yang baru perasan, filem Unbreakable, Split dan Glass ialah satu siri filem yang berkait rapat. Filem ni pasal manusia yang ada kuasa superhuman yang memang rare. Tak sama dengan jalan cerita filem superhuman yang lain. Sempat lagi untuk korang layan balik dua filem tu sebelum layan filem Glass nanti. Trailer filem Glass boleh tengok kat bawah ni ha.

Escape Room

Korang pernah main permainan Escape Room? Ada je kat Malaysia. Korang kena selesaikan puzzle atau tugas yang diberi, pastu baru berjaya untuk ke bilik seterusnya atau keluar dari bilik tu. Kali ni Escape Room dibawa ke pawagam! Cerita pasal sekumpulan remaja yang tersekat dalam satu bilik dan kena selesaikan puzzle kalau nak selamat. Kalau tak berjaya memang confirmed mati! Boleh murung rasanya tengok filem ni. Mesti suspense gila babs. Bakal ditayangkan pada 24 Januari 2019 nanti. Sila enjoy trailer kat bawah.

KATALAKI: Boleh la buat movie marathon Januari nanti. Banyak filem boek-boek ni.

Last modified: 28 December 2018