Dah Turbo Ke Belum?!

Gadget, Tech

Bagi yang tidak tahu, sebelum ini pihak Telekom Malaysia (TM) ada memberi pelanggan lama Unifi dan Streamyx untuk menaik taraf kelajuan internet secara percuma.

Melalui upgrade ini, pelanggan dapat menaik taraf kelajuan internet mereka sehingga 800Mbps untuk pengguna Unifi dan Streamyx pula akan mendapat kelajuan 2 kali ganda dari kelajuan internet mereka sekarang.

Sebelum ini, Pihak TM ada menyediakan satu servis dimana korang boleh check sama ada korang dapat ataupun tidak upgrade kelajuan namun servis tersebut telah dikeluarkan dari website rasmi TM atas sebab-sebab tertentu.

 

Namun pada minggu lepas, servis itu telah kembali dimasukkan ke website rasmi TM untuk memudahkan pelanggan semak sama ada mereka layak ataupun tidak mendapat free turbo speed.

Bagi korang yang belum check lagi, korang boleh ikut step yang kitorang sediakan ni. Pertama sekali korang kena pergi ke website rasmi TM di SINI. Kemudian isi ID dan password akaun TM korang.

Lepas korang dah log-in, pergi ke tab yang ade tulis “HI..” yang berwarna oren tu dan pilih Turbo Status. Jika korang layak untuk mendapatkan free upgrade, pihak TM akan memberitahu berapa kelajuan internet yang korang akan dapat

Kemudian korang cuma perlu isi segala detail yang dorang mintak dan tunggu panggilan daripada staff TM untuk pengesahan dan tarikh upgrade.

Bagi yang tidak layak, korang kenalah tunggu sampai kawasan tempat korang tu layak untuk mendapatkan kelajuan yang lebih tinggi. Harap bersabar ye.

KATALAKI: Disebabkan lama sangat nak tunggu tarikh dapat free turbo, aku terus tukar plan ambik plan yang 100Mbps RM129 tu je. Simple!

Last modified: 6 December 2018