Dah Usia 10 Tahun – Ini Burger Mcd Terakhir

Sembang, ZAP, ZeKool

Dibuka pada tahun 1993, syarikat makanan segera Mcdonalds membuka pintunya kepada warga Iceland, Eropah. Waktu itu, Davíð Oddsson yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Iceland, adalah orang yang pertama merasa burger Mcdonalds di kedai francais yang pertama dibuka di negara tersebut.

Tetapi tahu kah korang zaman sekarang, negara Iceland yang terletak di lautan atlantik utara diantara Faroe Islands tidak lagi mempunyai francais restaurant makanan segera Mcdonald’s. Ianya wujud pada bertahun-tahun sebelum ini cuma tidak lama kemudian pada tahun 2009, mereka terpak menutup dan memberhentikan jenama gergasi francais makanan segera tersebut oleh kerana faktor-faktor berkenaan ekonomi yang tidak stabil di kawasan tersebut.

Namun pada tahun 2009, seorang rakyat Iceland bernama Hjörtur Smárason adalah orang terakhir yang membeli burger Mcdonald’s terakhir di restaurant tersebut. Yang menarik sekali, set burger yang di beli oleh Hjörtur Smárason masih lagi kekal formasi dan tidak reput walaupun sudah berusia sepuluh tahun. Ya gais, set meal burger yang didatangkan dengan french fries padu Mcdonald’s itu dibeli dan disimpan lebih kira-kira sepulah tahun.

Hjörtur Smárason mengetahui terdapat sebuah mitos yang mengatakan burger keluaran Mcdonald’s dikatakan tidak pernah reput atau lari daripada bentuk walaupun dibiarkan bertahun-tahun. Maka Hjörtur Smárason membuat keputusan untuk menjadi warga Iceland yang terakhir untuk membeli burger yang terakhir di restaurant Mcdonalds tersebut untuk melakukan eksperimentasi beliau dan lihat kebenaran tentang apa yang mereka katakan.

Ternyata mitos yang dikatakan oleh ramai orang terutama sekali warganet berjaya disahkan oleh Hjörtur Smárason kerana burger dan french fries yang dibeli pada tahun 2009 tersebut masih lagi dalam bentuk asal dan kelihatan masih seperti sama.

“Saya pernah mendengar bahawa makanan McDonald tidak pernah reput jadi saya hanya mahu melihat sama ada ia benar atau tidak” menurut Hjörtur Smárason dalam sebuah wawancara yang dipetik daripada BBC.com.

 

View this post on Instagram

 

🎉10 years old and still in good shape! 🎉 🍔 To meet Last McDonald’s Burger in Iceland🇮🇸 visit us or check our website www.snotrahouse.com and watch online! 👌🏻🍔🍟 see you! ❤️ #lastburgerselfie #lastburgericeland #burger #iceland #snotrahouse #visitus #placetovisit #southiceland

A post shared by Snotra House Iceland (@snotrahouse) on

Selepas sepuluh tahun, burger dan french fries miliki Hjörtur Smárason didalam sebuah peti kaca yang boleh dilihat dan saksikan sendiri bagaimana burger dan french fries tersebut masih lagi dalam keadaan asal. Tidak ada cendawan, kulat atau kehitaman mahupun kepudaran warna. Menurut seorang pengunjung yang melawat burger dan french fries tersebut, “Yang dapat kita lihat pudar hanyalah pada kertas bungkusan burger dan french fries Mcdonalds sahaja”.

Pada awalnya Hjörtur Smárason hanya menyimpan burger dan french fries terakhir itu didalam plastik bag sahaja. Namun selepas 3 tahun dalam simpanan, beliau dapat lihat seperti ada berubahan sedikit pada burger dan french fries tersebut dimana kemudian beliau memberikannya kepada muzium nasional Iceland. Tidak lama kemudian pakar di pusat muzium tersebut merasakan mereka tidak dapat menjaga burger terakhir Mcdonald’s itu dan lalu ianya di pulangkan kembali kepada Hjörtur Smárason.

Selepas beberapa tahun menyimpan, terdapat beberapa keping foto yang dimuat naik di media sosial dan ramai warga netizen berbincang tentang makanan yang disimpan lama tanpa mereput. Ada seorang penguna di Twitter yang mengatakan antara sebab dan punca kenapa makanan tersebut tidak tumbuh kulat adalah kerana ianya tidak mempunyai khasiat nutrisi yang mencukupi.

Setakat ini, Hjörtur Smárason jauh lagi daripada orang pertama yang mencuba eksperimentasi menyimpan makanan Mcdonald’s paling lama. Pada tahun 1996, ada seorang wanita bernama Karen Hanrah membeli hamburger, dan selepas 14 tahun, ianya masih lagi kekal sama seperti hari pertama membelinya.

KATALAKI: Menarik juga experiment macam ni…

Last modified: 6 March 2020