Dalam Masa 4 Jam Syarikat British Diambil Alih Malaysia

Sembang, ZAP

Mungkin ramai yang dah baca atau dah tahu pasal kisah ni. Kisah di mana Syarikat yang bertapak di London berjaya menjadi milik syarikat di Malaysia. Ianya satu kisah nyata yang menakjubkan pada era 1980an. Syarikat perladangan milik Bristish iaitu Guthrie, dibeli pada 7 September 1981 melalui London Stock Exchange (LSE). Pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru je dua bulan memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Serangan ini famous dengan nama ‘Dawn of Raid’. Walaupun serangan ini mengambil masa selama 4 jam, tapi sebenarnya perancangan terhadap serangan ini berlaku setahun sebelumnya.

Serangan ke atas LSE ini tidak lah semata-mata untuk mengambil alih pegangan syarikat Guthrie, tetapi lebih kepada untuk membuktikan keupayaan Malaysia di mata dunia. Walaupun waktu itu Malaysia dah tak dijajah lagi oleh British, tetapi kesannya masih ada lagi. Pihak British dikatakan masih lagi mengawal hasil bumi di Malaysia melalui syarikat perladangan. Kesannya, terdapat jurang ekonomi yang berlaku dan ramai orang melayu masih berada di bawah paras kemiskinan.

Dilaporkan sehinga lewat tahun 1970an, dianggarkan 60% aset korporat Malaysia masih dipegang oleh tangan asing. dan dari jumlah tersebut dua pertiga dipegang oleh British. Ini termasuk lah syarikat perladangan Guthrie.

TUN M YANG MEMANG TAK SEBULU DENGAN BRITISH?

Tun Dr. Mahathir memang terkenal dengan sikap anti-penjajahnya. Beliau yang tidak datang daripada keturunan beraja atau elit mempamirkan sikap yang agak dingin dengan kerajaan British. Hal ini sehinggakan memberi kesan kepada 13 ribu pelajar yang sedang belajar di United Kingdom, dimana yuran-yuran mereka dinaikkan sehingga tiga kali ganda. Terdapat juga peristiwa di mana kapal terbang Concorde milik british dengan selamba masuk ke ruang udara Malaysia tanpa meminta izin terlebih dahulu. Kalau aku pun memang berbulu diorang selamba je buat macam tu. Walaupun tidak sebulunya beliau ketika itu, dalam peristiwa dawn of raid ni, beliau tidak terlibat secara langsung tetapi meminta individu yang berkepakaran untuk menguruskannya.

GUTHRIE KENA TARGET SEBAB SIKAP BRITISH

Pada tahun 1980an, syarikat Guthrie merupakan syarikat perladangan milik British yang terbesar dan tertua di Malaysia. Walaupun dah merdeka, hasil kekayaan tanah Malaysia masih diambil oleh pihak British. Syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang memegang 25% saham syarikat Guthrie pula dilayan seperti anak tiri bila tak dibenarkan untuk duduk di dalam lembaga pengarah. Jadi semua kejadian yang menimbulkan ketidakpuasan hati ini telah mencetuskan ilham untuk mengambil alih pegangan besar syarikat Guthrie melalui PNB. Tapi bukan semudah beli aiskrim di kedai runcit.

Operasi serangan subuh ini diterajui oleh Dato Ismail Ali, pengerusi PNB waktu tu. Selepas mendapat restu daripada Tun Dr. Mahathir, beliau menugaskan Tan Sri Abdul Khalid Ismail (TSKI) yang bekerja sebagai pengurus pelaburan PNB waktu tu untuk mengkaji kaedah terbaik serangan terhadap Guthrie melalui LSE. Jadi setahun sebelum melancarkan serangan, TSKI bersama rakan-rakannya pun mula mengkaji undang-undang pelaburan di British. Sampaikan akaun bank di buka di Switzerland bagi tujuan pembelian saham. Ini untuk mengelakkan serangan mereka dihidu oleh pihak British. Perancangan mereka begitu kemas dan teliti.

NAK DIFILEMKAN?

Peristiwa ‘Dawn of Raid ini akan dikenang sebagai kemenangan besar buat Malaysia terhadap eksploitasi ekonomi Britain. Pengarah dan juga pelakon, Bront Palarae juga pernah menguar-uarkan bahawa kisah ini bakal diadaptasikan menjadi sebuah filem. Trailer filem ni pun dah keluar tahun 2018. Tapi disebabkan kekangan masa dan bajet, filem ni masih menunggu untuk disiapkan.

KATALAKI: Jangan ingat orang Malaysia ni hanya menurut je kehendak kuasa asing.

Last modified: 14 May 2020