Danueal Drayton – The Tinder Killer?

Sembang

Di zaman yang serba moden ini, cara kita berkenalan dan berinteraksi dengan strangers juga sudah berubah. Contoh cara kita mencari pasangan ataupun jodoh di zaman ini berbeza dengan bagaimana orang-orang dahulu berkenalan.

Namun risikonya tetap sama dan dengan teknologi yang semakin canggih, risiko untuk sesuatu yang lebih buruk berlaku nampaknya lebih tinggi. Ini dapat dilihat dengan kes yang berlaku pada tahun lepas apabila seorang pembunuh bersiri menggunakan aplikasi Tinder untuk mencari mangsanya.

Danueal Drayton yang kini berusia 28 tahun berasal dari Connecticut, Amerika Syarikat. Menurut sumber daripada ABC News. Pada tahun lepas, The New York Times telah melaporkan yang pihak polis telah menahan Danueal kerana disyaki telah terlibat dengan beberapa kes pembunuhan dan kehilangan wanita di Amerika Syarikat.

Dia dikatakan telah menggunakan aplikasi seperti Tinder dan juga Uber ride-share bagi mencari mangsanya. Ini bukanlah pertama kali kes seperti ini berlaku. Pada tahun 2017, seorang wanita telah dibunuh dan anggota badannya telah dipotong selepas keluar dengan lelaki yang dia jumpa daripada Tinder.

Wanita dari New Zealand juga telah dibunuh oleh lelaki yang dia kenal daripada Tinder pada tahun 2014 dan pada tahun 2016, seorang lagi wanita di Mexico juga dibunuh selepas beberapa kali keluar temujanji dengan lelaki yang dia kenal melalui Tinder.

Bekas Teman Wanita Danueal Image Via: https://abcnews.go.com

Berbalik kepada Danueal, dia dikatakan sememangnya mempunyai sejarah bertindak ganas terhadap wanita. Dia pernah dihadapkan dimahkamah setelah dia dikatakan telah bertindak mencekik teman wanitanya. Namun hakim mahkamah ketika itu telah melepaskan dia setelah dia mengaku bersalah.

Kes yang telah menyebabkan Danueal mendapat gelaran The Tinder Killer adalah kes dimana seorang jururawat di Queens telah dijumpai mati dan disyaki telah dicekik sehingga mati. Setelah siasatan dilakukan, Danueal dikatakan orang terakhir dilihat bersama-sama dengan jururawat ini.

Namun semasa polis sedang mencarinya, Danueal telah melarikan diri ke Los Angeles. Semasa polis bertindak memecah masuk ke rumah yang dikatakan di diami oleh Danueal, polis bukan sahaja berjaya memberkas Danueal tapi turut berjaya menyelamatkan seorang lagi wanita yang telah diculik dan diseksa dirumahnya.

Wanita ini dikatakan telah berkenalan dengan Danueal ketika mereka sama-sama berkosing menggunakan Uber. Disebabkan Danueal mempunyai rupa yang tampan, wanita tersebut telah terpikat dan bersetuju untuk pulang ke rumah Danueal.

Ketika wanita tersebut sedang berada di dalam tandas, Danueal telah bertindak menyerang wanita tersebut dan telah menderanya secara fizikal dan seksual selama dua hari sebelum polis berjaya memberkas Danueal dan menyelamatkan wanita tersebut.

Ketika berada di dalam penjara, New York Daily News berjaya menemubual Danueal dan dia telah mengaku yang dia telah membunuh jururawat tersebut dan mereka telah berkenalan melalui aplikasi Tinder. Pada hari kejadian, dia telah keluar bersama-sama dengan jururawat tersebut untuk melihat lumba kuda dan pulang ke rumah wanita tersebut kemudian harinya.

Danueal ditahan di Los Angeles Image Via: https://abcnews.go.com

Namun Danueal berkata dia tidak bersalah sepenuhnya dalam apa yang telah terjadi. Danueal berkata terdapat suara dalam kepalanya yang menyuruh dia menyerang wanita-wanita ini. Dia juga berkata dia sengaja meninggalkan minyak wangi miliknya berhampiran dengan mayat jururawat tersebut agak pihak polis boleh segera memberkasnya.

Selain daripada jururawat dan wanita di Los Angeles, Danueal mengaku dia telah membunuh enam orang wanita dan dua orang lelaki di Connecticut dan juga di Bronx, New York. Namun setakat hari ini, hanya satu kes pembunuhan sahaja yang dapat dikaitkan dengan Danueal.

KATALAKI: Berhati-hatilah ya bila berjumpa dengan orang yang korang kenal melalui media sosial ini. Macam-macam boleh jadi sekarang!

Last modified: 19 July 2019