Dapat Gaming Phone Free Sebab Anak?

Sembang

Time-time nak bagi nama dekat anak yang baru lahir memang pening bro. Aku yang tak kahwin lagi pun pening tengok member-member pilih nama untuk anak dorang. Ada yang suka bagi nama yang simple dan mudah untuk disebut.

Tak lupa juga ada mak bapa yang tak nak nama anak dia sama macam anak orang lain dan daripada situ mulalah dorang ini bagi nama yang pelik-pelik dekat anak dorang yang baru lahir. Selain nama yang unik, kadang-kadang nak sebut nama anak dorang pun boleh terbelit lidah wei!

Tapi bayangkan bila bagi nama anak daripada jenama yang korang memang hardcore fan lepas itu jenama itu bagi barang free pula dekat korang sebab terharu, untung gila bro!

Itulah yang telah terjadi kepada pasangan ibu bapa dari Filipina bila mereka yang merupakan peminat fanatic produk gaming daripada Razer mendapat perhatian terus dari CEO syarikat Razer sendiri iaitu Min Liang Tan.

Pada akhir bulan lepas, CEO Razer tersebut telah upload satu sijil lahir di Facebook rasmi beliau yang mana dia mengucapkan tahniah kepada pasangan ibu bapa dari Filipina ini diatas kelahiran anak lelaki mereka. Yang lebih menarik lagi, anak mereka diberi nama Razer Calix!

Anne, ibu kepada bayi lelaki ini telah menghantar satu salinan sjil lahir anak lelaki mereka Min Liang Tan demi membuktikan mereka telah meletakan nama Razer Calix sebagai nama anak lelaki mereka.

Selain itu, CEO Razer tersebut turut berjanji untuk memberikan sebuah Razer Phone 2 kepada pasangan tersebut atas tanda terharu. Min Liang Tan berkata yang mereka boleh bermain game di smartphone ini sambil menjaga bayi lelaki mereka.

Bagi korang yang tengah menunggu cahaya mata, cuba-cubalah bincang dengan wife korang letak nama anak dari jenama-jenama yang femes. Contoh letak nama BMW X8 ke. Manalah tahu kot-kot pihak BMW nampak lepas itu bagi korang kereta BMW X8 sebijik hahaha!

KATALAKI: Asalkan korang tak letak nama anak korang Bosskur sudahlah hahaha!

Last modified: 13 February 2019