Dapatkan Destiny 2 Percuma Untuk PC Sekarang!

Game, Tech

Bermula dari 3 November sehingga 18 November, Korang boleh dapatkan Destiny 2 percuma untuk PC korang.

Bagi korang yang belum ada game ni dekat PC, inilah masanya untuk dapatkan game ni. Tapi untuk mereka yang dah ada Destiny 2 dekat PC, Jangan risau sebab korang akan dapat unique emblem sebagai pengganti.

Untuk dapatkan game ini secara percuma, korang perlu ada account battle.net untuk claim game Destiny 2 ini. Permainan Destiny 2 ini adalah percuma selama-lamanya dan bukannya “free weekend”.

Untuk claim permainan video Destiny 2 ini, korang cuma perlu klik di LINK ini.

Destiny 2 merupakan permainan video online multiplayer ber-genre first-person shooter. Permainan video telah dibangunkan oleh Bungie dan dikeluarkan oleh Activision. Ianya mula dikeluarkan di Playstation 4 dan Xbox One pada 6 September 2017 dan pada PC sebulan selepas itu.

Didalam permainan ini korang akan dapat memilih 3 class sebelum korang meneruskan permainan. Antara class yang korang boleh pilih untuk watak korang adalah Hunters, Warlocks, dan Titans.

KATALAKI: Nasib baik dah dapat free dekat PS4 masa PSplus September itu hari.

Last modified: 7 November 2018