Serious PES 2019 Lite Boleh Download Free!

Game, Tech

Minggu ini pihak Konami telah melancarkan permainan video Pro Evolution Soccer 2019 Lite secara percuma bagi peminat-peminat permainan PES.

Permainan Pro Evolution Soccer 2019 Lite ini memberikan akses kepada pemain MyClub Online Mode dan juga Exhibition Mode secara percuma. Pemain juga akan mendapat akses Featured Player Mode juga secara percuma.

Sama seperti Pro Evolution Soccer 2018 Lite, PES 2019 Lite ini juga terdapat micro transaction untuk membolehkan pemain membeli extra content.

Untuk Pro Evolution Soccer 2019 Lite, korang boleh mencuba Edit Mode yang mana mode ini membolehkan korang ubah suai pasukan, pemain dan juga stadium mengikut corak permainan korang sendiri.

Bagi yang nak mendapatkan Pro Evolution Soccer 2019 Lite ini, korang boleh mula download permainan ini sekarang di konsol PS4. Buat masa ini Konami belum lagi mengumumkan permainan video ini untuk konsol lain seperti Xbox One atau PC.

Pro Evolution Soccer (PES) merupakan permainan video sukan bola sepak yang dihasilkan dan dikeluarkan sendiri oleh Konami yang dikeluarkan setiap tahun sejak tahun 2001 lagi.

KATALAKI: Benda free macam nilah yang kita nak!

Last modified: 16 December 2018