Dual Camera Ke Quad Camera Setup!

Gadget, Tech

Pada Realme event yang baru-baru ini dijalankan di India, pihak Realme ada memperkenalkan smartphone terbaru mereka yang diberi nama Realme 5 dan Realme 5 Pro. Kedua-dua smartphone ini akan dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 655 dan juga Snapdragon 712 bagi memberikan performance yang terbaik.

Selain mempunyai cip yang terbaik, pihak Realme juga nampaknya telah beralih dari Dual Rear Camera Setup ke Quad Rear Camera Setup bagi memberikan pengguna qualiti gambar yang lebih bagus. Quad Camera ini akan dilengkapi dengan feature seperti high megapixel main camera, ultra wide angle lens, potrait lens dan juga macro lens.

Seperti yang korang lihat pada gambar diatas, ianya diambil menggunakan Realme 5 Pro yang mana didatangkan dengan Sony IMX586 sensor bagi memberikan pengguna gambar-gambar yang lebih berkualiti dan lebih jelas. Perlu diingatkan main camera untuk smartphone ini adalah sebesar 48 Megapixel.

Nak semua benda masuk dalam satu gambar? korang boleh bertukar ke Ultra Wide Angle mode yang mana visual angle akan pergi sehingga 119 degree dan ini membantu menangkap gambar landscape atau pun gambar beramai-beramai yang lebih jelas.

Bagi yang minat menangkap gambar menggunakan Portrait mode, Portrait lens yang terdapat pada smartphone ini mampu memberikan filtering system yang lebih unik, software adjustment dan exposure yang lebih bagus berbanding dengan smartphone mereka sebelum ini.

Bagi lens yang keempat iaitu Macro Lens pula akan memberikan pengguna focal length sebesar 4cm bagi membolehkan pengguna explore gambar-gambar yang dorang boleh tangkap dekat small space. Feature ini ditambah dengan F2.4 aperture dan bokeh effect boleh membuatkan gambar korang nampak lebih awesome!

So tidak kiralah kalau korang nak tangkap gambar pada waktu siang, malam, portrait, landscape ataupun macro level, teknologi Quad Camera setup daripada Realme ini mungkin sesuai dengan korang. Harap-harap Realme akan keluarkan smartphone dengan teknologi ini ataupun bawa saja Realme 5 Pro ke Malaysia!

Tidak dilupakan pada Sale 9.9 Lazada tempoh hari, jenama Realme dinobatkan sebagai jenama smartphone no 1 best selling. Banyak smartphone daripada jenama Realme yang dijual pada harga yang jauh lebih murah contohnya Realme C2 (2+16GB) yang dijual pada harga RM299 sahaja. Bagi yang terlepas promosi ini, korang masih boleh dapatkan Realme 3 Pro (4+64GB) yang kini dijual pada harga RM699 sahaja. Kalau korang berminat, klik SINI cepat!

KATALAKI: Tak sabar nak tunggu Realme 5 Pro datang Malaysia!

Last modified: 18 September 2019