Dari Kuala Lumpur ke Stadium Rajamangala

Aktif, Bola

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Um’07 (@ultrasmalaya.my) on

Mula-mula kami plan nak join #EkorOnBus Ultras Malaya yang bergerak dari Shah Alam ke Stadium Rajamangala. Tapi memandangkan kami tak sehebat dan sekental dorang, kami buat keputusan untuk naik flight ke Bangkok. Kira #EkorOnPlane la tu kan!

Sampai je kat Bangkok, kami terus ke Al-Meroz Hotel untuk berjumpa dengan bro Wan Fakhrul, wakil FAM yang uruskan pembelian tiket separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018. Thank you bro Wan Fakhrul!

Settle ambik tiket, Hot FM ada call kami gak sebab dorang nak tahu macam mana suasana kat Bangkok menjelang match Thailand menentang Malaysia di Stadium Rajamangala.

Tak lama lepas tu, kami terjumpa pula Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin kat lobi hotel. Ni First time sebenarnya kami jumpa Dato’ Hamidin depan-depan. Cuak gak mula-mula. Nampak muka Dato’ Haji Hamidin serius dan ketat je. Lepas kami tegur nak minta bergambar rupanya Dato’ Haji Hamidin sempoi gila! Sempat gak kami minta Dato’ Haji Hamidin bagi ucapan untuk penyokong Harimau Malaya yang turun ke Bangkok. Terima kasih Dato’!

 

View this post on Instagram

 

Ayuh Harimau Malaya! @ijalazhar sempat jumpa President FAM Dato’ Haji Hamidin. Sempoi Dato’! #AFFSuzukiCup2018 #FAM #HarimauMalaya

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Sampai je kat Stadium Rajamangala, kami dua ketul je yang dah sampai kat area stadium. Yang lain semuanya penuh dengan penyokong Thailand yang berbaju biru.

Tak lama lepas tu, baru la kami jumpa geng #EkorOnBus dari Melaka yang baru je sampai kat stadium. Kalau korang nak tahu, #EkorOnBus ada yang dari Melaka, Kedah, dan Shah Alam. Ada juga #EkorOnTrain dan #EkorOnCar! Dorang dah set untuk berkumpul dekat depan 7-Eleven jauh sikit dari area stadium.

Bila semua dah sampai dan berkumpul, baru la kami beramai-ramai corteo dan bergerak masuk ke dalam Stadium Rajamangala. Fuhh. Memang riuh dan gegak gempita jap kat area stadium dengan chanting daripada corteo Ultras Malaya. Penyokong-penyokong Thailand yang ada dekat sekitar stadium pun bersorak menyambut kedatangan penyokong Harimau Malaya untuk masuk ke stadium.

 

View this post on Instagram

 

Bergegar bangkok chanting power bros & sis Ultras Malaya! #AFFSUZUKICUP2018 #HarimauMalaya

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Sampai dalam stadium Ultras Malaya teruskan lagi chanting sampai habis game! Respect untuk Ultras Malaya yang memang tak berhenti chanting! Dua gol yang dijaringkan Harimau Malaya buat kami lagi naik gila! Syabas Harimau Malaya! Tahniah juga untuk penyokong Harimau Malaya yang sanggup turun ke Stadium Rajamangala dalam pelbagai cara! Next stop, kita gegarkan pula stadium di Vietnam atau Philippines!

 

View this post on Instagram

 

Gol pertama #HarimauMalaya .Dua kali comeback bhai. Final!!

A post shared by IJAL (@ijalazhar) on

Tapi ada sikit yang tak best masa kami nak beli air kat dalam area stadium. Suasana agak kecoh bila ada beberapa penyokong yang tak beratur untuk beli air. Ada yang mula marah dan menjerit-jerit sebab ada yang tak beratur terus pergi ke kaunter untuk beli air. Polis yang bertugas pula macam dalam dimensi yang lain. Takde ketegasan untuk kawal barisan beratur untuk beli air. Come on Malaysia! Kita kena buktikan yang rakyat Malaysia penuh dengan budi bahasa dan adab! Demi lencana di dada!

KATALAKI: Kita jumpa kat final, #Ekor!

Last modified: 14 December 2018