Dari Mana Kewujudan Mr Bean?

Sembang

Korang ingat lagi tak Mr Bean? Dulu mesti korang tertunggu-tunggu depan TV setiap malam nak tengok sitkom Mr Bean kan? Ulang episod sama pun confirm korang masih lagi ketawa terbahak-bahak!

Artikel kali ni aku nak bawa korang ingat balik dan kita rungkai bersama-sama mengenai Mr Bean. Chewahhh. Let’s go!

Mr. Bean

Sumber Gambar : getty images

Sitkom Mr. Bean dicipta dan idea asal oleh pelakon utama Mr. Bean sendiri, Rowan Atkinson dan Richard Curtis. Kali pertama Mr. Bean ditayangkan ialah pada 1 Januari 1990. Pandai pula pilih tarikh yang cantik kan. Betul-betul hari pertama tahun 1990. Kalau korang nak tahu, sitkom Mr. Bean sebenarnya hanya mempunyai 15 episod sahaja. Tapi tayangan sitkom Mr. Bean sampai ke hari ni pun ada lagi. Power betul Mr. Bean ni.

Kalau korang nak layan balik cerita Mr. Bean, boleh tengok kat YouTube channel Mr. Bean. Versi kartun pun ada. Dalam satu episod, ada beberapa act yang ditunjukkan contohnya macam The Exam, The Beach dan The Church dalam episod yang pertama. Nahh aku belanja sekali episod pertama Mr. Bean.

Kereta Mr. Bean

Kereta paling legend! Dengan perangai dan keletah Mr. Bean, bawa pula kereta Mini berwarna hijau. Bonnet depan siap matte black! Mr Bean dah buat dulu dah weh. Nasib baik tayar tak stance.

1977 British Leyland Mini 1000 Mark 4. Inilah model kereta Mr. Bean. Masa cerita Mr. Bean tengah famous dulu, semua orang panggil kereta Mini tu kereta Mr. Bean. Nampak kereta ni atas jalan je, eh! kereta Mr. Bean!

Sebenarnya, kereta Mini pertama yang digunakan Mr. Bean warna orange okeh. Bukan hijau. Apa yang terjadi ialah kereta Mini orange tu accident masa ending scene episod pertama. Episod seterusnya terus guna Mini hijau sampai habis.

Teddy Si Kawan Baik

Satu-satunya benda yang selalu ada dengan Mr. Bean, Teddy merupakan kawan baik kepada Mr. Bean daripada episod pertama sampai la habis. Korang ingat lagi macam mana Mr. Bean tidurkan Teddy? Petik jari je bro!

Macam-macam Mr. Bean buat dengan Teddy ni, walaupun Mr. Bean layan Teddy macam manusia. Teddy pernah jadi haiwan peliharaan, pernah digunting oleh Mr. Bean dan pernah jadi berus mengecat!

Mr Bean Alien UFO?

Pernah dulu kecoh seketika bila selepas 25 tahun, ramai peminat-peminat Mr Bean mula mengali asal usul Mr Bean. Rata-rata mereka mempersoalkan kewujudan intro kenapa Mr Bean diturunkan ke dunia dengan lightbeam. Ada theory oleh peminat yang mengatakan Mr Bean sebenarnya adalah makhluk asing yang diturunkan ke bumi.

Dari mana datangnya lightbeam tersebut? Walaupun persoalan peminat masih tak dijawap oleh pencipta watak Mr Bean, Rowan Atkinson dan Richard Curtis. Namun Rowan Atkinson pernah memberitahu The Buffalo News pada tahun 1997 yang ada ciri-ciri watak Mr Bean yang sedikit sebanyak seperti makhluk asing. “Dia lihat kapal angkasa mendarat di lapangan dan dia berhenti kereta,” jelas Rowan Atkinson kongsikan antara idea untuk episod Mr Bean yang tak dapat mereka terbitkan.

Episod Terakhir

Macam aku bagi tahu tadi, Mr. Bean ada 15 episod je. Episod terakhir Mr. Bean ditayangkan pada 15 Disember 1995, 5 tahun selepas tayangan episod pertama.

Korang ingat lagi ke yang mana satu episod terakhir Mr. Bean? Episod yang paling sedih sekali! Kalau aku bagi tahu ni confirm korang ingat. Masa Mr. Bean tengah sedap sental cupcake, pastu ada kereta kebal lenyek kereta Mr. Bean kat belakang. Nangis bhai Mr. Bean. Layan episod terakhir kat bawah ni.

Sitkom Mr. Bean memang bawa banyak kenangan dekat kita semua betul? Tak pernah jemu tengok gelagat tahpape Mr. Bean tu. Pelakon watak Mr. Bean, Rowan Atkinson sekarang ni dah berumur 63 tahun. Memang legend Rowan Atkinson ni. Filem yang Rowan Atkinson berlakon pun pecah perut!

KATALAKI: Filem Johnny English yang terbaru baek ke tak? Korang dah tengok? Ke hambar? Banyak soalan aku tanya ni. Comment kat bawah.

Last modified: 7 November 2018