Daripada Jadi Bahan Lawak, Bertukar Jadi Sado

Sembang

Kalau korang selalu tengok filem komedi Hollywood, mesti korang akan perasan seorang pelakon komedi yang selalu bawa watak nerd atau apa-apa watak yang membolehkan dirinya dilawakkan, dikenali sebagai Kumail Nanjiani. Sebelum ni Kumail Nanjiani hanya memiliki susuk tubuh badan yang biasa, tak terlalu kurus dan tak terlalu berisi. Tapi kini, Kumail Nanjiani yang dulu bukan yang sekarang.

 

View this post on Instagram

 

Oh just me and Stan Lee. NOT A BIG DEAL.

A post shared by @ kumailn on

Transformasi yang berlaku kepada Kumail Nanjiani bermula pada awal tahun 2019 apabila ditawarkan untuk berlakon sebagai salah seorang watak superhero yang akan muncul dalam filem terbaru di bawah empayar Marvel Cinematic Universe (MCU), The Eternals yang juga akan menampilkan pelakon-pelakon ternama yang lain antaranya Kit Harington, Salma Hayek dan Angelina Jolie.

 

View this post on Instagram

 

The cast of Marvel Studios’ The Eternals takes the stage at the #D23Expo.

A post shared by Marvel Studios (@marvelstudios) on

Memegang watak superhero yang dikenali sebagai Kingo Sunen dalam filem Eternals, Kumail Nanjiani sendiri mengaku dirinya terkejut dengan perubahan bentuk badan yang berlaku kepada dirinya menerusi caption di Instagram. Proses transformasi bentuk badan Kumail Nanjiani dibantu oleh pelatih dan pakar nutrisi yang dibekalkan dan dibayar penuh oleh Marvel.

 

View this post on Instagram

 

I never thought I’d be one of those people who would post a thirsty shirtless, but I’ve worked way too hard for way too long so here we are. You either die a hero, or you live long enough to see yourself become the villain. I found out a year ago I was going to be in Marvel’s Eternals and decided I wanted to transform how I looked. I would not have been able to do this if I didn’t have a full year with the best trainers and nutritionists paid for by the biggest studio in the world. I’m glad I look like this, but I also understand why I never did before. It would have been impossible without these resources and time. So big thanks to @grantrobertsfit who started working with me at the beginning of the year and made me understand true physical pain for months and months. Then, once we started shooting, a massive thanks to @davidhigginslondon and his team (@ellispartridge, @thebeardypt, @tomcheesemanfitness) for training me almost every day and making me strong, limber and injury free. I can almost touch my toes now. (And thank you for forcing me to do cheat meals David.) Matthews Street Catering for their delicious and healthy meals. And finally, the biggest thanks goes to @emilyvgordon for putting up with me complaining and talking about only working out and dieting for the last year. I promise I’ll be interesting again some day. #thirstyshirtless (Photo by @markupson.) (edit: I left off one very important person: @lancecallahan who trained me for 6 years and helped me build the foundation I could use to do this. Thank you!)

A post shared by @ kumailn on

Selain daripada impak yang diberikan menerusi lakonan watak komedi, sebelum ni Kumail Nanjiani pernah juga menggegarkan dunia Hollywood selepas filem yang ditulis oleh Kumail Nanjiani dan isterinya, The Big Sick yang ditayangkan pada tahun 2017 tercalon untuk anugerah Best Original Screenplay di Academy Awards pada tahun 2018.

The Big Sick yang dilakonkan oleh Kumail Nanjiani mengisahkan mengenai seorang lelaki, Kumail yang berasal dari Pakistan bercinta dengan Emily, wanita yang berasal dari Amerika Syarikat. Konflik mula tercetus apabila Kumail risau dengan penerimaan keluarga terhadap Emily disebabkan Kumail seorang muslim. Dari situ, bermula lah cerita macam mana Kumail lari daripada perkahwinan yang dirancang keluarga, mengejar Emily dan perjalanan kariernya sebagai seorang pelawak. Filem ni juga dikatakan ada unsur kisah benar mengenai hubungan Kumail Nanjiani dan isterinya, Emily V. Gordon memandangkan dorang yang tulis jalan cerita filem ni.

Filem lakonan terbaru Kumail Nanjiani yang ditunggu ramai, The Eternals dijangka akan mula ditayangkan pada 6 November 2020. Tapi memandangkan keadaan dunia masih lagi belum stabil dengan isu COVID-19, kita tak boleh nak mengharap sangat lah tarikh tayangan filem-filem Marvel masih kekal sama macam yang ditetapkan atau tak. Kalau tayangan filem Black Widow kena tunda, mungkin akan mengganggu gak tarikh tayangan filem-filem Marvel yang lain.

KATALAKI: Kalau Kumail Nanjiani boleh sado, kita pun mesti boleh.

Last modified: 18 March 2020