Daripada Superman Ke Geralt of Rivia!

Sembang

Beberapa bulan yang lepas terdapat ura-ura yang menyatakan Henry Cavill akan membawa watak Geralt of Rivia dalam siri Netflix terbaru, The Witcher.

The Witcher merupakan permainan video action role-play yang dihasilkan oleh CD Project Red dan mula dikeluarkan pada tahun 2007 untuk PC. Permainan video ini mengisahkan tentang Geralt of Rivia, seorang ahli sihir yang mempunyai kuasa luar biasa dalam memburu monster.

Semalam pihak Netflix telah mengeluarkan teaser video yang menunjukan pelakon Henry Civill didalam costume Geralt of Rivia.


Ramai peminat yang meluahkan reaksi yang berbeza-beza. Ada diantaranya yang suka dan ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hati disebabkan watak yang ditonjolkan lebih kepada watak Legolas dalam siri Lord of The Ring berbanding Geralt dalam The Witcher.

same ke?

Apa-apa pun kita tunggu full trailer nanti dan tengok sama ada siri Netflix The Witcher ini akan berjaya ataupun akan flop.

KATALAKI: Harap-harap dorang tak CGI jambang Geralt dekat Henry Civill macam mana dorang buat dekat misai dia dalam Justice League.

Last modified: 7 November 2018