Confirm! Deadpool Jadi Pikachu

Sembang

Hari ini pihak Warner Bros. Pictures mengeluarkan official trailer untuk live action movie Pokémon Detective Pikachu. Movie Pokémon Detective Pikachu ini menampilkan Ryan Reynolds yang juga merupakan pelakon yang membawa watak Deadpool.

Movie ini menceritakan tentang Tim Goodman yang dilakonkan oleh Justice Smith, sedang mencari ayahnya iaitu Harry Goodman yang telah hilang secara tiba-tiba selepas kemalangan jalan raya.

Ketika sedang menyiasat tentang ayahnya, Tim telah berjumpa dengan Detective Pikachu yang dilakonkan oleh Ryan Reynolds. Detective Pikachu merupakan rakan sekerja ayah Tim yang juga seorang detective di Ryme City.

Mereka berdua kini berkerjasama untuk menyiasat tentang perkara sebenar yang berlaku kepada ayah Tim.

Banyak Pokémon yang kita dapat lihat dalam trailer ini selain pikachu. Contohnya Pysduck yang juga merupakan peneman kepada watak utama wanita Lucy yang dilakon oleh Kathryn Newton. Lucy adalah seorang junior reporter yang kemungkinan besar sedang menyiasat kes yang ade kena mengena dengan kehilangan Harry Goodman.

Dalam movie ini juga kita dapat lihat Charizard yang sedang berada dalam satu gelanggang. Kemungkinan besar kita dapat melihat Detective Pikachu berlawan dengan Charizard dalam battle arena ini.

Filem Pokémon Detective Pikachu ini dijangkakan akan berada di pawagam pada 10 May 2019.

KATALAKI: Kelakar bila tengok hanya Tim sorang je yang paham apa Pikachu cakap sedangkan orang lain cuma dengan “pika pika” je hahaha

Last modified: 19 November 2018