Defender Paling Gempak Itali

Aktif, Bola

Digelar Il Capitan (The Captain), Paolo Maldini merupakan anak jati bandar Milan yang mengabdikan karier bola sepaknya selama 31 tahun hanya untuk satu pasukan iaitu A.C. Milan. Pernah beraksi di bahagian pertahanan kiri, kanan dan tengah di tahap tertinggi, Paolo Maldini dah berjaya menang 25 piala bersama A.C. Milan, termasuk UEFA Champions League pada tahun 1994, 2003 dan 2007.

 

View this post on Instagram

 

Red and Black 🔴⚫️ my favorite colors

A post shared by Paolo Maldini (@paolomaldini) on

Lahir daripada akademi bola sepak A.C Milan, Paolo Maldini mula diturunkan dalam 1 perlawanan skuad utama ketika berumur 16 tahun dan terus diserapkan sebagai pemain utama apabila umur mencecah 17 tahun pada tahun 1984. Jersi nombor 3 merupakan pilihan utama Paolo Maldini sejak kali pertama menyarung jersi A.C Milan, nombor yang pernah digunakan oleh bapanya, Cesare Maldini.

 

View this post on Instagram

 

Respect @stevengerrard

A post shared by Paolo Maldini (@paolomaldini) on

Mula beraksi sebagai pemain bek kanan, seterusnya bek kiri dan pertahanan tengah di A.C. Milan, Paolo Maldini dilantik sebagai ketua pasukan pada tahun 1997 untuk memimpin pemain-pemain legenda yang lain antaranya Edgar Davids, Patrick Kluivert, Rui Costa, Andrea Pirlo, Kaka, Rivaldo dan ramai lagi lah, memburu piala di Itali dan peringkat Eropah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Paolo Maldini (@paolomaldini) on

Di peringkat antarabangsa bersama Itali, Paolo Maldini pernah beraksi dalam 125 perlawanan sejak tahun 1988 sebelum bersara pada tahun 2002. Walaupun tak pernah menang piala bersama Itali, tapi Paolo Maldini pernah beraksi di kejohanan UEFA EURO sebanyak 3 kali dan Piala Dunia FIFA sebanyak 4 kali. Pencapaian terbaik Paolo Maldini bersama Itali adalah naib juara di kejohanan Piala Dunia FIFA 1994 dan UEFA EURO 2000.

 

View this post on Instagram

 

Ready for tonight. Forza Azzurri 🇮🇹

A post shared by Paolo Maldini (@paolomaldini) on

Pada tahun 2009, Paolo Maldini secara rasmi bersara daripada bola sepak selepas 901 perlawanan bersama A.C. Milan dan masih lagi memegang rekod pemain paling kerap beraksi dengan A.C. Milan dan di Serie A. Selepas Paolo Maldini bersara, jersi nombor 3 di A.C. Milan disimpan dan dikosongkan sebagai tanda menghargai perjuangan Paolo Maldini sepanjang bersama dengan A.C. Milan sejak tahun 1978. Jersi nombor 3 di A.C. Milan hanya akan dihidupkan semula jika ada anak Paolo Maldini yang akan beraksi dengan A.C Milan pada masa akan datang.

Legasi keluarga Maldini di A.C. Milan bermula sejak tahun 1954 apabila Cesare Maldini menyertai A.C Milan, diteruskan oleh anaknya, Paolo Maldini sehingga tahun 2009 dan kini, tahun 2020, anak kepada Paolo Maldini iaitu Daniel Maldini dah mula tampil beraksi dengan skuad utama A.C Milan. Buat masa sekarang, Daniel Maldini masih lagi belum menggunakan jersi nombor 3.

KATALAKI: Itali memang terkenal dengan pemain pertahanan yang kebal. Tengok muka pun pemain lain dah cuak.

Last modified: 7 February 2020