STRANGER THINGS DLC

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Korang peminat siri Stranger Things dan juga permainan video Dead by Daylight? Korang bernasib baik kerana tidak lama lagi korang boleh bermain dengan menggunakan watak-watak daripada siri Stranger Things di dalam permainan video Dead by Daylight dalam DLC terbaru mereka!

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Sebelum ini, permainan video ini telah berkolabirasi dengan pelbagai permainan video, siri tv dan juga movie seperti Left 4 Dead, The Texas Chainsaw Massacre, Saw, A Nightmare on Elm Street dan juga Evil Dead. Banyak betul kolabirasi dorang sebelum ini.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Di dalam kolabirasi antara Stranger Things dan Dead by Daylight ini, korang boleh bermain sebagai Demogorgon dan memburu survivor–survivor lain supaya mereka tidak dapat melepaskan diri. Tidak dilupakan kalau korang bermain sebagai Survivor, korang boleh bermain sebagai Nancy Wheeler dan Steve Harrington.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
DLC ini boleh mula dibeli pada bulan September depan dan tidak dilupakan ianya juga akan didatangkan dengan map terbaru iaitu The Underground Complex berdasarkan Hawkins National Laboratory, kawasan yang terdapat dalam siri Stranger Things.
ODDWORLD: SOULSTORM

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Mungkin ada yang tak tahu yang permainan video Oddworld terbaru akan menemui peminat pada tahun 2020 nanti. Aku ingat lagi first time aku main permainan video Oddworld yang pertama zaman ada Playstation 1 dulu.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Sebelum ini mereka telah mengeluarkan Oddworld: New ‘n’ Tasty pada tahun 2014 yang mana merupakan remake daripada permainan video Oddworld: Abe’s Oddysee dan tak dilupakan Oddworld: Strangers Wrath yang dikeluarkan pada tahun 2005.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Oddworld: Soulstorm ini dikatakan adalah sequel kepada Oddworld: New ‘n’ Tasty yang mana akan berpandukan pada jalan cerita yang baru. Tapi korang tak perlu risau sebab korang masih akan bermain sebagai Abe.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Permainan video ini akan dikeluarkan untuk PS4, Xbox One dan juga PC pada tahun 2020 namun untuk PC, ianya cuma akan dikeluarkan secara exclusive di Epic Games Store dan bukan di platform lain seperti Steam. So bagi sesiapa yang nak main game ini dekat PC make sure korang ada account Epic Games Store!
KATALAKI: Banyak betul game–game klasik feveret aku nak dikeluarkan balik!