Detik Bersejarah Bola Sepak Versi Lockdown

Aktif, Bola

Dah lebih daripada sebulan kita tak dapat tengok sebarang aksi sukan secara langsung termasuk sukan bola sepak sejak wabak COVID-19 mula menular. Yang terkini, musim 2019/20 liga bola sepak Eredivisie di Belanda telah pun dibatalkan. Takde juara dan takde pasukan yang tersingkir ke liga bawahan.

Selain tu, beberapa pasukan bola sepak Eropah dah mula kembali ke pusat latihan secara berperingkat dan masih lagi mengamalkan budaya hidup penjarakan sosial atau social distancing semasa sesi latihan.

Sebelum semua aktiviti bola sepak dihentikan di seluruh dunia disebabkan penularan wabak COVID-19, ada beberapa perlawanan liga bola sepak Eropah termasuk perlawanan UEFA Champions League yang diadakan secara tertutup tanpa penyokong di stadium. Kalau korang ada tengok kat TV perlawanan tersebut, kita yang tengah tengok kat TV pun boleh rasa perlawanan tu kosong, takde semangat, macam tengok perlawanan persahabatan dan boleh dengar jurulatih terpekik-pekik di tepi padang disebabkan ketiadaan penyokong yang sentiasa menggemparkan suasana stadium. Sama ada penonton dah boleh kembali ke stadium atau hanya boleh tengok kat TV je, kita nantikan keputusan muktamad daripada organisasi dunia yang bertanggungjawab untuk menentukan dan menjaga keselamatan penduduk dunia.

Baru-baru ni, pengguna Twitter yang dikenali sebagaiย @thegraphicbomb meluahkan idea dan kenangan-kenangan bola sepak yang pernah tercatat dalam sejarah dunia, dalam versi lockdown, maksudnya tanpa penyokong di stadium. Korang boleh ingat lagi tak kejadian-kejadian bola sepak ni?

ERIC CANTONA TENDANG PENYOKONG

Juara Premier League sebanyak 4 kali bersama Manchester United, Eric Cantona pernah menghadiahkan tendangan Kung-Fu kepada penonton Crystal Palace ketika menuju ke bilik persalinan selepas dilayangkan kad merah atas kesalahan melakukan terjahan keras pada 25 Januari 1995.

Dengan aksi sepak terajang yang mengejutkan peminat bola sepak di seluruh dunia terutama sekali di England, Eric Cantona didenda melakukan khidmat komuniti selama 120 jam, digantung selama 8 bulan, dilucutkan jawatan sebagai ketua pasukan Perancis dan terus tak pernah beraksi dengan pasukan Perancis.

ADEBAYOR DIBENCI ARSENAL

Emmanuel Adebayor yang pernah beraksi bersama Arsenal dan seterusnya berpindah ke Manchester City, sanggup berlari setengah padang menuju ke bahagian penyokong Arsenal untuk meraikan gol yang dijaringkan untuk Manchester City.ย Emmanuel Adebayor tak pernah menang sebarang piala bersama Arsenal dan Manchester City.

TENDANGAN PERCUMA DAVID BECKHAM

Pada 6 Oktober 2001, David Beckham menjadi wira England selepas berjaya menjaringkan gol penting di minit akhir menerusi tendangan percuma menentang Greece untuk melayakkan England bersaing di Piala Dunia FIFA 2002. Masa ni David Beckham disanjung semula oleh penyokong England selepas dimaki teruk dalam kejohanan EURO 2000.

KATALAKI: Beruntung siapa yang boleh main game FIFA atau Football Manager buat masa sekarang.

Last modified: 29 April 2020