Di China, Iphone Bukan Lagi Simbol Kemewahan

Gadget, Tech

Rilek, jangan naik angin dulu. Bagi aku terangkan apa maksud tajuk dekat atas ni. Ok baru-baru ni di laman sosial media agak kecoh bila terdapat satu laporan / survey dari China yang menyatakan pengguna peranti Android lebih kaya berbanding mereka yang menggunakan Iphone.

Mengikut laporan daripada MobData, income pengguna Iphone di China jauh lebih rendah daripada income bulanan mereka yang menggunakan peranti Android. Income bulanan mereka yang menggunakan Iphone dari China secara purata hanya 3000 yuan (RM1812+).

Manakala bagi mereka yang menggunakan peranti Android seperti Huawei, Income bulanan mereka adalah lebih kurang 5000 sehingga 20,000 yuan (RM3000 sehingga RM12000).

Rata-rata mereka yang menggunakan Iphone di China adalah golongan remaja wanita berusia dari 18 sehingga 24 tahun.

Untuk pengguna Android pulak mereka tergolong daripada mereka yang berusia 25 sehingga 34 tahun dan mostly cuma diguna oleh mereka yang mempunyai jawatan yang tinggi dan perkerjaan yang stabil.

Aku pernah tweet di Twitter dulu yang mana aku cakap, mostly pengguna Android adalah golongan orang-orang yang kaya sebab setiap kali phone android keluar saja mesti ada yang tukar beli phone baru.

Dekat Malaysia ni, Iphone still lagi menjadi lambang kemewahan. Tengok saja lambakan Iphonefake” yang banyak terjual di IGshop yang menjadi pilihan remaja-remaja sekarang.

Walaupun dah banyak kali kita dengar kes orang kena scam beli Iphone di IGshop, tapi still ada lagi yang pergi beli lepas tu kena tipu. Korang pernah dengar orang beli phone Android kena scam? Tak pernahkan? haha.

KATALAKI: Belilah mengikut kemampuan. Paling penting beli Android phone dan bukan Iphonefake” di IGShop!

Last modified: 27 November 2018