Sebelum ni kami pernah kongsikan mengenai seorang pencipta video magik di media sosial iaitu Mohamad Sofian atau lebih dikenali sebagai @sofyank96 yang memang hebat dan gempak menghasilkan video yang kreatif. Zach King versi Malaysia la kiranya ni. Siap dah pernah jumpa Zach King depan mata.
View this post on Instagram
Baru-baru ni, Sofian berpeluang lak untuk berjumpa dengan pelakon ternama, Will Smith di Budapest, Hungary semasa jelajah promosi filem terbaru lakonan Will Smith, Gemini Man. Kalau korang nak baca pasal filem Gemini Man, boleh singgah baca jap kat sini.
View this post on Instagram
Bukan je dapat jumpa dengan Will Smith, Sofian siap dapat buat video magik dengan Will Smith. Bukan semua orang dapat buat video untuk Instagram dengan Will Smith bro. Sebelum bergerak ke Budapest untuk berjumpa dengan Will Smith, Sofian ada muat naik satu video suruh orang teka hasil lukisannya.
View this post on Instagram
Pada 24 September 2019, Sofian berjaya jumpa Will Smith depan mata melalui video yang dimuat naik di Instagram. Boleh nampak la nervous tu.
Selepas bersalaman, Sofian sekali lagi berjumpa dengan Will Smith dan kali ni untuk buat video magik macam yang selalu dihasilkan oleh Sofian sebelum ni. Sebelum korang tengok video magik yang dah siap, korang tengok dulu video di sebalik tabir ni.
View this post on Instagram
Dapat bagi arahan kat Will Smith untuk buat video? Bukan semua orang dapat buat tu. Kalau dari Malaysia, Sofian je kot yang pernah arahkan Will Smith berlakon untuk video. Mari kita tengok hasilnya.
View this post on Instagram
Gempak brader. Tahniah Sofian. Will Smith sendiri ada repost video ni kat Instagram Will Smith.
View this post on Instagram
KATALAKI: Boleh tahan lawak gak Will Smith ni di dunia realiti bila tengok video di sebalik tabir yang Sofian kongsikan ni.