Diablo Immortal Dikecam Peminat

Game

Pada awal bulan ini, Blizzard mengumumkan permainan video baru untuk peminat pemainan video Diablo tetapi permainan video ini rata-rata dibenci oleh peminat setia siri Diablo.

Permainan baru ini yang diberi nama Diablo Immortal adalah sebuah permainan video mobile yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Playstore dan App Store.

Berbalik kepada feedback negatif daripada peminat, rata-rata peminat tidak berpuas hati kerana mereka mengharapkan permainan video baru atau pun remaster untuk Diablo atau pun Diablo 2 untuk PC.

Semasa majlis perlancaran Diablo Immortal, mereka telah mengadakan sesi soal jawab dengan peminat dan salah seorang peminat menyatakan ketidakpuasan dengan menyatakan “is this an out of season April Fool joke?

Ramai yang tahu mereka yang bermain permainan video Diablo adalah mereka yang mempunyai PC. Itu telah menjadi teras peminat mereka sejak dari dulu. Dengan mengeluarkan permainan Diablo untuk mobile ini menampakan Diablo cuba mengabaikan peminat hardcore mereka.

Adakah peminat Diablo akan terus memboikot permainan video Diablo Immortal ini bila ia mula berada pasaran? Sama-sama kita tunggu nanti.

Diablo merupakan permainan video ber-genre action roleplaying hack and slash yang dibangunkan oleh Blizzard Entertainment. Permainan video Diablo pertama dikeluarkan pada tahun 1996 untuk PC.

KATALAKI: Dislike dekat video perlancaran Diablo Immortal sekarang dah cecah 480K!

Last modified: 7 November 2018