Dihukum Mati Di Atas Kerusi Elektrik, Tetapi Akhirnya…

Sembang, ZAP, ZeKool

Hukuman mati dengan menggunakan kerusi elektrik adalah dilihat sebagai satu jenis hukuman yang cuma digunakan pada zaman dahulu, dan pertama kali digunakan pada tahun 1890. Walaupun nampak macam satu jenis hukuman yang ketinggalan zaman dan hanya digunakan pada zaman dahulu, hukuman ini masih menjadi salah satu pilihan hukuman untuk beberapa negeri di Amerika Syarikat iaitu Alabama, Florida, South Carolina, Kentucky, Tennessee, dan Virginia. Namun terdapat juga pengamal undang-undang yang merasakan hukuman jenis ini tidak berperikemanusiaan dan tidak begitu efektif dalam melaksanakan hukuman mati. Tetapi pada tahun 1944, seorang pemuda berumur 14 tahun telah dihukum mati menggunakan kerusi elektrik. Ia menjadikan remaja tersebut sebagai orang termuda yang menerima hukuman sebegitu. Tetapi ada kisah di sebalik hukuman yang dikenakan kepada pemuda tersebut.

DI BICARA SELAMA 10 MINIT

Pada bulan Mac 1944, seorang remaja bernama George Stinney telah ditahan polis yang mana ketika itu dia baru berusia 14 tahun. Ibu bapanya tidak ada di rumah ketika dia ditahan dan adik perempuannya bersembunyi di kandang ayam belakang rumahnya. George Stinney bersama abangnya digari dan dibawa ke balai polis untuk siasatan. Semua ini terjadi selepas berlakunya satu kes bunuh di kawasan tempat tinggal mereka, di Alcolu sebuah bandar berasingan di Carolina Selatan. 

Kejadian ini semua berlaku pada 24 atau 25 Mac pada tahun 1944 di mana mayat dua orang gadis yang muda ditemui. Betty June Binnicker (11 tahun) dan Mary Emma Thames (7 Tahun) dikatakan hilang sehari sebelum mereka ditemui mati akibat hentakan di kepala. Semasa kedua gadis itu dilaporkan hilang, Stinney dikatakan turut membantu mencari kedua-dua gadis yang hilang itu kerana ayahnya juga merupakan sebahagian daripada pasukan pencarian. Tetapi disebabkan terdapat laporan yang mengatakan bahawa Stinney merupakan orang terakhir yang melihat kedua-dua gadis tersebut, pihak berkuasa terus membuat tangkapan untuk disoal siasat. 

Semasa disoal siasat, dikatakan Stinney mengaku ke atas tuduhan membunuh yang dikenakan terhadap dia. Ada yang mengatakan Stinney sebenarnya kelihatan begitu takut sehingga dia terpaksa mengaku ke atas semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Semasa dibicarakan di mahkamah pula, hakim yang mengendalikan kesnya hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk menjatuhkan hukuman ke atas Stinney. 

Akhirnya Stinney dijatuhkan hukuman renjatan kerusi elektrik sampai mati, dan menjadi lelaki termuda yang dihukum menggunakan kerusi elektrik. Walaupun terdapat perdebatan ketika itu tentang prosiding undang-undangnya serta keputusan untuk menghukumnya menggunakan kerusi elektrik yang dilihat tidak sesuai, semua semua keraguan tidak diendahkan. Semasa Stinney hendak dihukum, beberapa buah buku terpaksa diletakkan di bawahnya kerana dia terlalu kecil untuk kerusi elektrik tersebut. Tetapi selepas 70, kesnya dibuka kembali dan dikatakan sebagai satu kes yang tidak mendapat perbicaraan yang adil. 

DIBUKTIKAN TIDAK BERSALAH SELEPAS 70 TAHUN

Terdapat cerita yang keluar selepas kematian George Stinney. Ada yang kata remaja itu mengekori kedua-dua gadis tersebut dan memukul mereka sehingga mati menggunakan objek tumpul. Mungkin cerita ini hanya untuk membuatkan masyarakat setempat yakin bahawa George Stinney lah pembunuh yang sebenar. Tetapi selepas 70 tahun, akhirnya keluarga Stinney berani untuk bersuara ke atas ketidakadilan yang berlaku kepada George Stinney. Keluarga Stinney mengatakan bahawa pengakuan George Stinney semasa disoal siasat adalah dipaksa. Pada 17 Disember 2014, selepas 70 tahun kematian George Stinney, akhirnya dia didapati tidak bersalah.

KATALAKI: Kesian juga bila dijatuhkan hukuman tapi last last didapati tak bersalah…

Last modified: 27 June 2020