Dilarang Cop Parking! – Ini 10 Lagi Denda Tak Terfikir

Sembang

Pastinya ramai dah tahu tentang isu viral dimana terdapat berberapa individu yang cop kawasan petak parking dan menghalang kendaraan lain untuk park dikawasan tersebut.

Isu cop parking ni bukan saja berlaku di luar negara, malah kat Malaysia pun dah ada yang berani buat perkara sebegini.

Tapi tahu tak korang yang ia adalah kesalahan bagi sesiapa saja berdiri untuk reserve parking kawasan tempat letak kereta, di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bahagian “gangguan dan desakan menyalahi undang-undang”.

Denda penalti untuk kesalahan ini adalah sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya, di bawah Seksyen 119.

Tak pernah kita terfikirkan tapi ianya adalah kesalahan mengikut undang-undang di negara kita. Tapi tahu tak korang, di negara lain juga terdapat undang-undang yang kita pun tak terfikir. Tak caya, ce check out list kat bawah ni

Akta Ikan Salmon Di UK

HuffPost UK

Akta Salmon mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1986 dimana ia adalah haram disisi undang-undang untuk seseorang memegang atau memelihara ikan salmon dalam keadaan mencurigakan. Sounds ‘fishy’ lah katanya…

Akta ini adalah untuk mengurangkan aktiviti pemburuan ikan salmon secara haram.

Namakan Anak Di Denmark

Kredit gambar: Youtube

Kalau korang sejenis yang suka bagi nama anak pelik-pelik, then better korang lahirkan anak tu kat negara lain je. Di Denmark, untuk mendaftarkan nama anak yang baru lahir, nama anak tersebut hanya boleh dinamakan mengikut 7,0000 nama yang dah diapproved.

Ini sebenarnya bagi memastikan nama yang didaftar mengikut jantina bayi yang baru lahir tu. Takde la diorang confuse.

Menunggang Basikal Di Mexico

Kredit gambar: Insider

Rider basikal dilarang mengangkat kaki dari pedal basikal. Undang-undang ni dicipta pada tahun 1892 sebagai cara untuk melindungi penunggang basikal.

Nak buat wheelie, wheekang semua boleh, asalkan kaki kat pedal je.

Hiking Telanjang Di Switzerland

Kredit gambar: REI

Aktiviti yang pelik tapi pernah berlaku dimana seorang lelaki German yang hiking secara berbogel di kawasan Appenzell, Swiss dan lelaki tersebut berjalan bersebelahan dengan keluarga yang sedang picnic.

Pada tahun 2009, sesiapa yang didapati hiking secara telanjang akan didenda $100 Swiss Franc. Hhhmm pelik betul mat salleh ni.

Dilarang Bagi Burung Makan

Kredit gambar: A View On Cities

Denda sebanyak $700 Euro pada sesiapa saja yang memberi makanan kepada burung-burung liar di St. Mark’s Square, Venice.
Undang-undang ni untuk jaga kesihatan dan juga menjaga kebersihan di kawasan monumen.

Tak Boleh Bersiul, Menyanyi!

Kredit gambar: Reader’s Digest Canada

Dilarang untuk sesiapa saja bersiul, berteriak, menyanyi atau menjerit. Undang-undang ni terdapat di bandar Petrolia Otario, Canada. Undang-undang ini untuk menghadkan bunyi bising yang berlebihan. Kira nak elakkan daripada noise population lah.

Ayam Tak Boleh Lintas Jalan

Kredit gambar: Steve Bishop

Untuk mereka yang membela ayam. Ia adalah kesalahan untuk pembela ayam membawa ayam peliharaan melintas jalan. Ini untuk memastikan ayam belaan tersebut dibawah kawalan sepanjang masa. Jaga la ayam tu elok-elok…

Dilarang Main Pistol Air

Kredit gambar: Cambodia Expats Online

Pada tahun 2001, gabenor Phnom Penh, Chea Sophara telah mengharamkan penjualan dan import semua senjata air, kerana takut senjata-senjata air tersebut akan menyebabkan kekacauan sosial semasa sambutan tahun baru masyarakat Khmer.

Lupa Birthday Bini

Kredti gambar: Daily.Social

Untuk lelaki yang dah berkahwin, ia adalah kesalahan undang-undang kalau terlupa tarikh lahir isteri tercinta. Undang-undang ini dikata terdapat di Samoa. Bukan saja birthday, terlupa tarikh anniversary pun salah disisi undang-undang gais!

KATALAKI: Dah tau law negara lain macam mana kan? So beware la korang. Jangan nak memain buat je tau!

Last modified: 19 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *