Sama ada korang pernah teroka akaun Instagram ni atau pun tak, tapi pemilik akaun Instagram @alexmdc ni memang kreatif teruk. Sampai boleh menguji otak kita ni warna biru atau pun kuning. Sebelum ni, akaun Instagram @9gag pun pernah kongsikan hasil lukisan @alexmdc ni.
View this post on Instagram
Pemilik akaun Instagram @alexmdc ni juga dikenali sebagai Alex Solis, merupakan seorang pelukis ternama yang berasal dari Amerika Syarikat. Sebelum ni, Alex Solis pernah gak terlibat dalam penghasilan grafik untuk Marvel, Pepsi, Chevrolet, McDonald’s dan banyak lagi.
Mari kita tengok lak lukisan Alex Solis yang ni. Tengok sampai habis. Jangan tengok yang awal-awal je. Tak baik bersangka buruk.
View this post on Instagram
Muzik latar belakang pun memainkan peranan penting gak untuk penonton yang leka tengok lukisan Alex Solis ni. Rata-rata pengguna Instagram yang lain pun sibuk nak tahu muzik latar belakang apa yang digunakan dalam video-video lukisan Alex Solis.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Alex Solis ada gak hasilkan produk-produk yang kreatif untuk dijual termasuk lah baju, sticker, designer toys, pin, buku dan macam-macam lagi. Kalau korang berminat nak beli, sila lah check out laman web rasmi Alex Solis kat bawah ni.

Image Via : oddworx.com
KATALAKI: Untung betul orang yang ada kelebihan dan kehandalan melukis ni. Setakat ni, kami nak lukis orang lidi pun masih lagi senget-benget.