Disebalik Asal Usul Pertubuhan Anonymous

Sembang, Tech, ZAP, ZeKool

Disaat ketika sesebuah negara atau pentabiran institusi menghadapi krisis atau permasalahan, antara yang akan mengambil tindakan dalaman dan dilakukan secara halus dengan impak yang kuat tanpa dilihat dengan mata kasar adalah sebuah group kolektif mahupun gerakan yang dikenali sebagai Anonymous.

Anonymous ini adalah sekumpulan hackers nombor satu di dunia yang tidak asing lagi yang sering mengemparkan dunia dengan serangan-serangan yang dilakukan berulangkali menyerang pelbagai laman web rasmi penting di seluruh dunia.

TERBENTUK PADA 2003

Tertubuhnya kelompok yang dikenali sebagai Anonymous ini terjadi pada tahun 2003 disebuah laman web imageboard atau forum yang dikenali sebagai 4chan yang menjadi medium untuk membentuk sebuah komuniti yang menyatukan para penguna online serta offline secara tidak langsung mewujudkan pembentukan kelompok yang kini dikenali ramai sebagai Anonymous.

Kalau korang familiar dengan laman 4chan, sebenarnya nama Anonymous itu sendiri adalah diinspirasikan daripada 4chan dimana ianya adalah sebuah nama generic yang akan digunakan sekiranya ada user yang membuat posting atau komen dilaman tersebut. Penggunaan istilah Anonymous adalah membawa pengertian ianya adalah identiti perkongsian yang bermula di laman imageboards, terutama sekali di imageboard /b/ 4chan. Gelaran Anonymous akan diberikan kepada penguna yang membuat posting tanpa meletakkan sebarang nama kepada post tersebut.

Sejak komuniti /b/ di 4chan semakin berkembang dengan konsep dimana Anonymous ini disatukan sebagai sebuah projek kolektif individu yang tidak dikenali di Internet, ianya sekaligus menjadi internet meme dan semakin juga dikenali ramai.

Pada peringkat awal penubuhan kolektif tanpa ketua Anonymous ini hanya sekadar untuk bersuka-suka sahaja, para penguna di laman /b/ 4chan tersebut akan berkumpul dan melakukan prank besar-besaran antaranya seperti prank yang dilakukan keatas laman sosial Habbo Hotel dimana mereka berkumpul dengan mengunakan wajah avatar yang sama.

Prank-prank yang dilakukan oleh kumpulan Anonymous ini berjaya meraih populariti sehingga mula mendapat perhatian media mainstream, stesen TV KTTV dibawah rangkaian Fox Station mula melaporkan tentang aktiviti-aktiviti prank serbuan yang dilakukan oleh Anonymous ini dan mengelarkan mereka sebagai “hackers on steroids”, “domestic terrorist”, dan “Internet hate machine”.

Kumpulan gerakan Anonymous ini mula dikaitkan dengan aktiviti hacking atau hacktivism pada tahun 2008 berikutan beberapa siri tindakan yang diambil terhadap Church of Scientology.

Projek hacking yang digelarkan sebagai Project Chanology bermula apabila sebuah laman web gossip memuatnaik sebuah video dimana pelakon popular Tom Cruise memuji dan membentangkan tentang agama Scientologist namun pihak gereja agama Scientology membalas kenyataan video tersebut dengan memaksa pihak Youtube untuk menarik keluar video Tom Cruise itu kerana apa yang dibincangkan didalam video tersebut telah melanggar copyright mereka.

Sebagai tindak balas, kumpulan Anonymous telah bertindak menentang Church of Scientology selama beberapa bulan. Anonymous telah menganjurkan serangan terhadap gereja tersebut sebagai pembalasan antaranya dengan melakukan prank call, serta melancarkan serangan distributed denial-of-service atau dikenali sebagai DDoS attack di laman web rasmi Church of Scientology. Misi utama kumpulan Anonymous adalah untuk menghapuskan Church of Scientology daripada permukaan Internet dan sebagai protest terhadap Internet censorship seperti mana yang cuba dilakukan oleh pihak Church of Scientology.

Ketika serangan DDoS itu dilakukan, Anonymous telah memuatnaik sebuah video dengan menyampaikan sebuah pesanan kepada pihak gereja tersebut “Untuk kebaikan pengikutmu, untuk kebaikan umat manusia – untuk gelak tawa – kami akan mengusir kamu dari Internet.”.

Pada bulan Februari 2008, fokus terhadap protest gereja agama Scientology tersebut beralih diluar Internet dengan kaedah undang-undang yang dilakukan seperti perarakan nonviolent protest beramai-ramai untuk mendapatkan pihak berkuasa melakukan siasat lebih lanjut terhadap status bebas cukai Church of Scientology. 

DISEBALIK MASK V

Mask atau topeng muka yang diguna pakai oleh pihak Anonymous adalah topeng yang diangkat daripada watak protagonis V yang mengenakan topeng Guy Fawkes menerusi filem V for Vendetta.

Permulaan daripada protest perarakan Church of Scientology para penyokong yang turut serta didalam protest tersebut disarankan untuk menyembunyikan wajah mereka bagi mengelakkan daripada anggota Church of Scientology merakam wajah para perserta protest anti-Scientology.

Ketika protest anti-Scientology berlanjutan, lebih banyak ahli penunjuk perasaan mula memilih untuk mengenakan topeng Guy Fawkes bagi melindungi identiti sebenar mereka, yang mana akhirnya topeng atau mask Guy Fawkes itu menjadi status simbolik dalam kumpulan Anonymous. Makna disebalik topeng Guy Fawkes adalah sebagai simbol penolakan terhadap pemerintah diatas hak sivil atau civil rights.

PERNAH DITAHAN

Secara ringkas kami boleh huraikan terdapat puluhan orang yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana terlibat dalam serangan siber gerakan Anonymous ini di beberapa negara termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Turki, India, Spain dan beberapa negara Eropah yang lain.

Para penyokong kumpulan Anonymous ini juga telah mengelarkan mereka sebagai “freedom fighters” dan “digital Robin Hoods” manakala para pengkritik mengelarkan mereka sebagai “cyber terrorist”. Pada tahun 2012 majalah Time telah senaraikan kolektif Anonymous ini sebagai antara “100 most influential people in the world”.

KATALAKI: Apa apa pun jangan pandang rendah dan don’t play-play dengan kebolehan hackers di Internet…

Last modified: 17 June 2020