Disebalik Ciptaan Jam Tangan G-Shock

Sembang, ZAP, ZeKool

Selain daripada kasut, baju untuk memberikan seseorang itu nampak segak. Jam tangan juga adalah aksesori yang boleh dikatakan amat penting untuk seseorang jejaka. Ianya nampak memberikan impak yang berlainan, serta menunjukkan kematangan dan juga citarasa seseorang itu.

Sudah tentunya untuk para lelaki marhaen, sejak dari zaman sekolah lagi kita dah di suapkan dengan trend jam tangan yang boleh membuatkan kita tampak cool dan bergaya. Antara jenama jam tangan yang boleh mencetuskan minat pada seseorang lelaki adalah jam tangan G-shock dibawah payung syarikat jam ternama Casio.

Walaupun kita amat meminati jam tangan jenis jenama model G-Shock. Pastinya juga ada yang tak pernah terfikir kenapa model jam tangan tersebut mempunyai nama sedemikian. Apakah maksud disebalik nama G-Shock dan keunikkan disebalik jam yang boleh menjangkau hingga puluhan ribu (ya mana yang rare tu).

Mengikut sejarah ciptaan jam tangan Casio G-Shock ini mempunyai jalan cerita lain daripada yang lain. Pada zaman dahulu, jam merupakan antara aksesori tangan yang fragile ataupun mudah pecah. Disebabkan stigma tentang jam tangan bukanlah aksesori yang mudah untuk dijaga, daripada situ tercetus idea yang datang daripada seorang Jurutera dari negara matahari terbit, Jepun.

Era tahun 80an, seorang jurutera muda bernama Kikuo Ibe ingin menciptakan sebuah jam tangan yang tidak mudah untuk pecah sekiranya ianya terjatuh, beliau bercita-cita untuk mewujudkan assesori tangan yang juga mudah untuk pakai dan dibawa kemana-mana.

Kikuo Ibe yang merupakan ketua reka bentuk jam tangan Casio pada waktu itu tidak pernah menyangka jam tangan hasil ciptaan dan rekaan beliau menjadi rekaan jam tangan paling terkenal di dunia, sehingga ianya juga sedikit sebanyak melonjak populariti beliau sebagai seorang pereka jam tangan.

Mungkin buat para pengemar jam tangan G-Shock, cerita disebalik ciptaan jam tangan paling kuat di dunia ini bukanlah cerita baru. Namun pada 30 tahun yang dahulu, idea untuk mencipta jam tangan G-Shock terjadi apabila jam tangan milik Kikuo Ibe sendiri pecah, dan ianya merupakan sejenis jam tangan mekanikal pemberian hadiah oleh ayahnya.

Kikuo yang pada ketika itu sudah bekerja bersama syarikat pengeluar jam tangan Casio sedang berjalan dan terlanggar seorang pejalan kaki, pelanggaran tersebut amat kuat sehingga ianya memecahkan tali jam tangannya yang terjatuh diatas jalan raya. Jam tersebut pecah, begitu juga hati Kikuo yang mempunyai sentimental value pada jam tangan kesayangannya.

Secara ringkasnya jam tangan mekanikal Kikuo tidak lagi sempurna dan pecah dengan keadaan yang teruk sekali. Sejak dari situ, pada tahun 1981 Kikuo mula mencipta prototaip jam tangan shock-proof, menurut Kikuo tujuan utaman dalam pembuatan jam tangan quartz adalah untuk menghasilkan jam tangan yang sangat tipis dengan housing yang mampu menahan kesan ataupun impak yang kuat. Berbekalkan dengan pasukan yang hanya mula dianggotai oleh tiga orang sahaja, ianya merupakan sebuah projek jam tangan yang amat sukar, namun mereka menetapkan konsep “Triple 10” pada ciptaan jam tangan ini dimana ianya mampu menahan shock proof ketika ia jatuh serta rintangan tekanan air 10-bar dan yang menarik sekali, ianya dilengkapkan dengan jangka hayat bateri yang mampu bertahan selama 10 tahun.

Bermula pada tahun 1982, setelah menghasilkan lebih daripada 200 jenis prototype, pasukan projek G-Shock yang diketuai oleh Kikuo ini dengan sebanyak lapan orang anggota, penghasilkan jam tangan model G-Shock menjadi projek rasmi syarikat Casio. Bermula pada April tahun 1983, model pertama Casio G-Shock siri DW5000 dilancarkan

TEST ANAK GADIS

Pada awal pencubaan ciri-ciri shock proof seperti apa yang Kikuo inginkan tidak berjalan dengan lancar. Sehingga pada suatu hari, Kikuo terlihat seorang anak gadis sedang menimbang bola di sebuah Playground. Dari situ Kikuo mendapat idea untuk meletakkan pergerakan di dalam struktur ketahanan yang mampu mengasingkan jam tangan tersebut daripada kejutan.

Kikuo mengatakan bahawa prototaip G-Shock diuji dengan pasukan penyelidiknya membalingkan prototaip G-Shock tersebut dari tingkap bilik air di tingkat atas pejabat penyelidikan Casio di tingkat tiga. Jarak dari tingkat atas hingga ke bawah lantai adalah sepuluh meter dan tujuan utama Kikuo adalah untuk menghasilkan jam tangan yang mampu menahan jarak jatuh sepuluh meter dilengkapkan dengan jangka hayat bateri sepuluh tahun bersama ciri-ciri 100 meter water resistance.

Menurut Kikuo, beliau telah melakukan bermacam-macam jenis ujian yang boleh difikirkan termasuklah melanggar dan menghempap protaip G-Shock dengan kereta.

Projek yang memakan masa selama 3 tahun Kikuo bersama pasukan penyelidik membuahkan hasil dengan model pertama G-Shock DW5000 dimana ianya dilengkapi dengan 200 meter water resistance dan keupayaan untuk bertahan impak jatuh setinggi sepuluh meter. Dari situ juga G-Shock mendapat namanya yang merupakan singkatan untuk perkataan “Gravitational Shock”.

G-SHOCK PALING RARE

Antara jam G-Shock yang paling rare di dunia tentunya adalah jam G-Shock yang dikenali sebagai “Project Team Tough”. Ianya adalah model G-Shock yang diberikan kepada lapan anggota disebalik projek ciptaan jam G-Shock yang menyerupai model produksi pertama G-Shock, namun ianya dilengkapkan dengan tulis “Project Team Tough” dibahagian dial dan hanya terdapat 8 rekaan model khas ini diwujudkan pada tahun 1983, menurut Kikuo jam tangan Project Team Tough hanya kekal 2 unit saja pada hari ini. Kikuo berkata beliau kesal kerana tidak menyimpan 200 jenis prototaip jam tangan G-Shock itu kerana tidak menyangka jam tangan model G-Shock ini merupakan jam tangan paling terkenal di dunia pada hari ini.

Salah satu model jam tangan G-Shock yang boleh dikatakan antara yang rare pada harini juga adalah jam tangan G-Shock model DW-6900 versi limited Edition Custom set Bossku yang dikatakan hanya dikeluarkan sebanyak 100 unit sahaja. Ianya dilengkapkan dengan tagline ikonik “Malu Aperrr Bossku” seperti yang dipakai oleh bekas perdana menteri Najib Razak. Menurut TheVocket, jam tangan ini bukan versi rasmi yang dihasilkan oleh G-Shock.

KATALAKI: Dah nak dekat raya ni selalunya ramai yang cari G-Shock. Stylo sampai bila-bila ah..

Last modified: 15 May 2020