Disebalik Ikatan Kain Samping Baju Melayu

Sembang

Image via: https://profhariz.com/

Bila raya menjelma, perkara yang penting dalam musim Hari Raya Aidilfitri tentunya Baju Melayu. Dan tak lengkaplah Baju Melayu kalau tak dipadankan dengan ‘full set’ kain samping sekali kan?

Secara lazimnya, Baju Melayu memang selalunya dikenakan dengan kain dagang atau dikenali ramai sebagai kain samping, menurut yang tertera di Kamus Dewan sebagai kain sarung yang dipakai selepas memakai seluar pada (pakaian Baju Melayu) dan biasanya terletak daripada paras pinggang hingga paras lutut sahaja.

Kain samping yang dikenakan dengan Baju Melayu juga selalunya untuk kelihatan lebih formal kepada pemakai dan amat sesuai untuk acara atau majlis seperti majlis rasmi, majlis keagamaanm majlis adat istiadat dan majlis Hari Raya Aidilfitri juga Hari Raya Aidiladha.

Citer pasal kain samping ni. Ada yang suka dan ada juga golongan yang tak berapa nak suka untuk padankan baju melayu dengan kain samping. Macam aku sendiri, Zaman dulu-dulu, aku tak berapa minat nak pakai kain samping time raya disebabkan cuaca kita yang panas dan juga aku akan kena make sure kain samping aku sentiasa tersusun rapi. Tapi as time goes by, kita dah mula rasa nak appreciate tradisi pemakaian Baju Melayu itu sendiri. Dulu aku tak minat pakai Baju Melayu dengan samping, tapi sekarang aku sendiri dah minat nak pakai samping dengan Baju Melayu.

Ada G ke takde G?

Aku tahu, mesti ramai yang confius, sebenarnya ejaan mana yang betul, “sampin” atau “samping”? Sebenarnya ejaan untuk kain dagang ni adalah “SAMPING”. Ia dinamakan sebagai “samping” kerana membawa maksud sebagai ‘sampingan’ atau pelengkap dalam pemakaian Baju Melayu. Di beberapa tempat, kain samping dikenali juga sebagai Kain Sinjang.

Lain Tempat Lain Samping

Style ataupun gaya pemakaian kain samping berlainan mengikut tempat atau daerah. Kalau di negeri Johor, kain samping ni di pakai di dalam Baju Melayu dengan leher teluk belanga butang satu yang dinamakan sebagai erti “Berdagang Dalam”. Manakala kalau di tempat sebelah pantai Barat pula, kain samping di pakai di luar Baju Melayu dengan style berleher cekak musang yang membawa maksud sebagai “Berdagang Luar”. So ada dagang luar dan dagang dalam lah.

Kain Pelbagai

Pada awalnya, kain samping merupakan sehelai kain yang dicantumkan untuk menjadi kain sarung. Seterusnya dikenali sebagai “kain sampingan” yang digunakan untuk pelbagai cara seperti kain mandi, kain selimut, kain kendong serta kain basahan. Seiring dengan peredaran masa, “kain sampingan” dikenali pula sebagai “kain samping” yang mengunakan kain yang lebih mewah dengan corak tenun yang cantik dan antara pelengkap yang paling penting buat Baju Melayu.

3 Ikatan Basic

Kalau tanya anak muda zaman sekarang, mesti semua tahu 1 cara je untuk ikat kain samping, itu pun cara yang paling simple kita semua tahu kan? Tapi sebenarnya ada 3 ikatan basic untuk kain samping; Ikat Kembung, Ikat Tangkup, dan Ikat Pancung. Ada juga ikatan kain samping yang lain yang menjadi warisan turun temurun seperti Ayam Teleng, Fajar Menyinsing, Laksamana Melamar, Dendang Perantau serta Simpulan Bunga.

Relationship Status Mengikut Kain Samping

Antara kelebihan kain samping juga adalah untuk mengetahui status dan gender si pemakai. Yang basic selalu kita dengar adalah kalau kain samping atas lutut maksudnya si pemakai berstatus bujang dan jika kain samping di paras bawah lutut maksudnya si pemakai sudah berkahwin. Selain itu, bunga kanan untuk lelaki, bunga kiri untuk perempuan, bunga tengah melambangkan seorang itu duda. Nilai serta details yang sebegini membuatkan Baju Melayu bukan hanya sekadar pakaian pada Hari Raya atau majlis formal sahaja tetapi ada seni yang tersirat sebagai tanda “berpakaian isyarat”.

Sekarang korang dah tau dah fakta dan serba sedikit tentang kain samping. Harap-harap dapat la membangkitkan semangat korang untuk pakai Baju Melayu full set dengan kain samping sekali. In the mean time, meh sini kami share cara ikatan kain samping  paling simple untuk bros semua.

KATALAKI: Makan lemang rendang semua jangan sampai terkena Baju Melayu. MatRiYe!

Last modified: 12 June 2019