Disebalik Kejadian The Trench – Spin-off Filem Aquaman

Sembang, ZAP

Boleh dikatakan terdapat dalam lebih kurang sembilan puluh lima peratus daripada lautan di dunia ini masih lagi belum diterokai oleh manusia. Kalau nak difikirkan, sebenarnya agak menakutkan lah jugak sebab bila ingatkan balik permukaan di dunia kita ni juga masih lagi dipenuhi dengan lautan lagi.

Dan sebenarnya juga tidak mustahil yang ada lagi makhluk-makhluk di lautan yang kita sebagai manusia masih lagi belum kaji atau jumpa sekali pun. Takut tu memang takut tapi dalam masa yang masa, menarik juga untuk kita kupaskan.

Perasaan menakutkan itu timbul kalau kita letakkan diri kita sebagai manusia di dunia realiti, tapi kalau kita ni antara penduduk kota Atlantis seperti didalam filem Aquaman, mungkin makhluk-makhluk yang tidak diketahui itu jadi kurang menakutkan la kot.

Tapi itu penduduk atau pendiam di Kota Atlantis lah, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kota lautan besar tu, korang boleh baca kat SINI. Tapi untuk harini kita nak sembang tentang spesies Makhluk yang dikenali sebagai The Trench!

Sebelum kita sembang lebih lanjut tentang The Trench ni, suka kami nak maklumkan bahawa makhluk The Trench ini wujud didalam DC Extended Universe (DCEU) iaitu bersamaan dengan watak yang diwujudkan dalam filem superhero lautan Aquaman.

SEJARAH THE TRENCH?

Mengikut sejarah apa yang telah ditulis dan digambarkan di dalam komik Aquaman keluaran DC Comics, The Trench ini mula diperkenalkan pada isu pertama siri Aquaman. Sebenarnya The Trench ini merupakan sejenis spesies makhluk lautan jahat yang terwujud didasar bawah permukaan lautan. The Trench ini juga adalah salah satu perkauman makhluk yang sangat ganas, mempunyai sifat kanibalistik dan mampu mendarat ke permukaan bumi dari dasar lautan. Salah satu sebab yang membuatkan makhluk The Trench ini lebih menganas adalah ianya akan melakukan apa saja untuk mendapatkan sumber makanan yang ada tanpa mengira apa saja yang cuba menghalangnya.

Untuk serangan pertama, The Trench juga lebih dikenali dengan sifat tanpa belas kasihan mahupun apa saja sebarang bentuk empati dan hanya bergantung pada naluri pertama mereka iaitu untuk mencari mangsa untuk dimakan, bahkan The Trench ini sanggup memakan saudara mereka sendiri.

Sama seperti mana-mana makhluk yang mempunyai kaumnya yang tersendiri, The Trench ini juga mempunyai “King” dan “Queen” yang didalam setiap kumpulan atau dikenali sebagai alpha member. Alpha member ini ibarat ketua yang akan menandakan makanannya sendiri supaya makhluk The Trench yang lain tidak akan mengambilnya. Kalau mengikut sejarah pertembungan Aquaman dan makhluk The Trench ini, Aquaman juga pernah menjadi salah satu daripada target alpha member The Trench ini apabila pihak polis menjumpai sejenis kepompong yang diisikan dengan sisa bangkai-bangkai mangsa, The Trench mengunakan kepompong itu sebagai umpan untuk menangkap Aquaman supaya dibawakan ke sarang mereka di dasar lautan.

Selain menganas dan mengunakan segala kekuatan mereka untuk memakan mangsa tanpa belas kasihan, makhluk The Trench ini juga mempunyai keupayaan yang luar biasa. Selain boleh hidup di dasar lautan seperti bangsa dan makhluk Atlantean kingdoms, The Trench ini mempunyai cahaya bio-luminescent yang terdapat pada tubuh badan mereka, dan mempunyai kuasa untuk meludahkan sejenis cecair daripada mulut mereka yang mampu membuatkan mangsa mereka lumpuh tak bermaya, The Trench ini juga mempunyai gigi yang setajam razor dan kuku yang mampu mencakar setajam jarum.

SOLO MOVIE THE TRENCH!

Untuk mereka yang pernah menyaksikan filem solo pertama Aquaman, mungkin korang pernah lihat kejahatan dan keganasan makhluk The Trench ini dimana kita dapat lihat antara salah satu quest ataupun misi yang terpaksa dilakukan oleh Aquaman dan Mera untuk mencari the lost Trident of Atlan, didalam misi tersebut Aquaman dan Mera terpaksa menyelamatkan diri mereka daripada serangan makhluk amfibia yang dikenali sebagai Trench.

Pada bulan Februari tahun 2019, Warner Bros telah mengumumkan sebuah filem bergenre Horror yang merupakan sebuah naskah spin-off yang berjudul “The Trench” yang mengisahkan tentang disebalik keganasan makhluk The Trench ini. Walaupun kerusi pengarah masih lagi menjadi tanda tanya, pengarah filem pertama Aquaman; James Wan bakal memegang tanggungjawab sebagai penerbit manakala script dan jalan cerita disampaikan oleh Noah Gardner dan Aidan Fitzgerald. Filem ini bakal memberikan ruang dan fokus kepada Kingdom of the Trench. Para pelakon dan pendukung filem ini juga belum lagi diumumkan setakat ini.

KATALAKI: Mungkin diorang nak buat filem monster flick macam Aliens atau Predators la kot…

Last modified: 12 August 2020