Disebalik Pencipta The Cat In The Hat

Sembang, ZAP, ZeKool

Sepanjang kariernya sebagai seorang kartoonist dan penulis, Dr. Seuss telah menerbitkan lebih daripada 60 buku. Antara buku yang terkenal hasil karya ciptaan beliau yang paling popular sekali sehingga harini adalah The Cat in the Hat.

Bila sebut tentang The Cat in the Hat, tentunya korang semua pernah menonton filem bergenre fantasi komedi yang diarahkan oleh B Welch. Ianya adalah filem debut daripada pengarah tersebut dan berdasarkan daripada buku hasil tulis Dr.Seuss. Filem ini menampilkan lakonan komedi mantap dan lawak daripada Mike Myers dan pelakon cilik Dakota Fanning.

Filem ini juga adalah filem kedua dan terakhir untuk siri filem live-action yang berdasarkan daripada buku tulisan Dr.Seuss, filem pertama merupakan filem adaptasi daripada buku How The Grinch Stole Christmas yang diterbitkan pada tahun 2000, hasil lakonan Jim Carrey.

Kita dah tahu serba sedikit tentang Dr.Seuss, sekarang ni kita nak cerita sejarah tentang penulis bernama Dr. Seuss.

DISEBALIK DR.SEUSS

Image via: https://commons.wikimedia.org/

Theodor Seuss Geisel atau lebih dikenali menerusi nama penanya sebagai Dr.Seuss merupakan seorang penulis dan juga seorang kartoonist sudah penerbitkan lebih daripada 60 buah buku. Buku pertama hasil karya ciptaan Dr.Seuss adalah buku kanak-kanak berjudul “And to Think That I Saw It on Mulberry Street” yang diterbitkan pada tahun 1937 dibawah nama Dr.Seuss.

Nama dan karya Dr.Seuss melonjak naik apabila setibanya buku The Cat in The Hat dan buku Green Eggs and Ham mendapat penerimaan ramai pembaca. Daripada situ buku-buku puisi dan watak-watak ciptaan Dr.Seuss mendapat perhatian dan menambat hati ramai peminat.

Dr.Seuss dilharikan pada 2 March 1904 dan dibesarkan di Springfield, Massachusetts. Pada usianya 18 tahun, Theodor Seuss Geisel, memasukki Dartmouth College, daripada situ juga dia dipertanggungjawabkan memegang jawatan sebagai editor in chief untuk sebuah majalah komedi humor popular Jack-O-Lantern. Namun Dr.Seuss dan kawan-kawannya didapati melanggar undang-undang di College dan Dr.Seuss dibuang daripada majalah tersebut namun masih lagi menyumbang karya-karya tulisannya dibawah nama samaran “Seuss”.

Selepas pulang ke Amerika Syarikat apabila gagal melanjutkan pelajarannya di University of Oxford pada tahun 1927. Dr.Seuss meneruskan impiannya untuk menjadi kartunis sepenuh masa. Hasil penulisan dan ilustrasi karya beliau diterbitkan di beberapa majalah ternama antaranya seperti majalah LIFE dan Vanity Fair. Apabila berkhidmat bersama Viking Press, Dr.Seuss menerima kontrak untuk menghasilkan ilustrasi untuk koleksi buku kanak-kanak berjudul “Boners”. Namun buku tersebut gagal di jual dengan baik.

GAGAL 27 KALI

Seperti yang kami kata, sepanjang karier Dr.Seuss, beliau telah menerbitkan lebih 60 buku. Dr.Seuss juga akan mengunakan masa sebanyak 8 jam sehari dirumahnya untuk menulis buku.

“And to Think That I Saw It on Mulberry Street” adalah buku pertama hasil tulisan Dr.Seuss, namun buku pertama beliau telah di reject sebanyak 27 kali sebelum ianya diterbitkan oleh syarikat Vanguard Press pada tahun 1937.

Buku “The Cat in the Hat” pula adalah buku kanak-kanak tulisan Dr.Seuss yang berjaya melonjakkan nama beliau dikalangan peminat buku kanak-kanak. Kelarisan buku tersebut telah menyemaikan nama Dr.Seuss sebagai penulis buku kanak-kanak yang diminati ramai.

Buku kanak-kanak ciptaan Dr.Seuss juga sudah pun di transformed kepada filem animasi penuh, antaranya seperti filem Horton Hears a Who!, The Lorax serta filem live action seperti How the Grinch Stole Christmas pada tahun 2000 dan The Cat in The Hat yang dikeluarkan pada tahun 2003.

KATALAKI: Filem The Cat in The Hat memang lejen ah…

Last modified: 28 March 2020