Ditangguh Sebab COVID-19, Ini Aktiviti Pasukan Bola Sepak Eropah

Aktif, Bola

Majoriti peminat sukan bola sepak seluruh dunia hampa, kecewa dan murung selepas semua liga bola sepak ternama Eropah, termasuk lah bola sepak Malaysia yang terpaksa ditunda disebabkan wabak COVID-19 yang masih lagi di tahap membimbangkan. Walaupun korang tak boleh hidup tanpa bola sepak, tapi korang kena ingat yang kesihatan adalah keutamaan yang paling penting walau apa sekali pun. Itu lah pesanan yang cuba disampaikan oleh pemain dan pasukan bola sepak dalam usaha menyatupadukan manusia semasa kita tengah diuji dengan wabak COVID-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Buat masa ni, belum ada lagi tarikh tepat bila liga bola sepak Malaysia akan kembali bersambung macam biasa. Liga bola sepak ternama Eropah menjangkakan akan kembali berjalan seperti biasa bermula awal bulan April nanti.

Dalam keadaan kelam-kabut isu COVID-19 dan penangguhan liga bola sepak, dunia masih lagi diserikan dengan kelatah dan gelagat yang berlaku di media sosial. Lebih bertambah meriah, ada pasukan bola sepak yang turut sama menampilkan kelainan selepas takde sebarang perlawanan bola sepak yang berlangsung.

FOOTBALL MANAGER

Perlawanan Premier League antara Watford dan Leicester City sepatutnya berlangsung pada 14 Mac 2020 sebelum ditunda. Sebab dah kena tunda, Watford menggunakan permainan video Football Manager untuk melangsungkan perlawanan bola sepak antara Watford dan Leicester City dalam alam maya. Watford juga sebenarnya merupakan official partner kepada Football Manager.

TIC TAC TOE

Southampton yang sepatutnya bertemu dengan Norwich City di Premier League pada 14 Mac 2020, juga menggunakan media sosial untuk mengisi kekosongan hari tanpa bola sepak. Southampton cuba untuk mengajak Norwich City untuk bermain Tic Tac Toe di Twitter. Malang sekali tak dilayan.

Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba Manchester City yang masuk campur dan meneruskan permainan Tic Tac Toe dengan Southampton.

MEWARNA

Takde kena-mengena dengan bola sepak, tapi Manchester City cuba mengajak penyokong-penyokong untuk mewarnakan poster yang dikeluarkan secara rasmi oleh Manchester City. Kalau korang tengok kat bahagian reply, boleh nampak la daya kreatif orang ramai dari seluruh pelosok dunia. Kami nak tunjuk bahagian reply kat sini pun macam seram.

KATALAKI: Kalau semua dah kena kuarantin, media sosial lah penyelamat manusia kot?

Last modified: 17 March 2020