DJI Digital FPV Ecosystem – Jom Lumba Drone!

Gadget, Tech

Dekat Malaysia, Drone Racing mungkin belum se-popular berbanding dengan negara lain tapi kita boleh nampak beberapa komuniti Drone Racing mula muncul di Malaysia. Kalau korang nak tahu Drone Racing ini sama macam Remote Control Car punya racing tapi yang berbezanya dorang menggunakan Drone!

Disebabkan hobi ini semakin popular di negara luar, DJI minggu ini telah memperkenalkan DJI Digital First Person Viewing (FPV) Transmission System untuk memudahkan lagi korang berlumba. FPV Transmission System ini disertakan dengan FPV goggles, FPV Air Unit Transmission Module, FPV Remote control dan juga FPV  .

Dengan menggunakan FPV Transmission System ini, korang boleh mengawal drone korang dengan lebih mudah sebab korang boleh nampak sendiri ke mana drone korang pergi. Lebih kurang macam korang sendiri tengah duduk dalam drone tersebut!

Menurut website rasmi DJI, headset yang dorang sertakan mampu memberkan end-to-end low latency sehingga 28 miliseconds. FPV System ini juga memberikan transmission range yang agak jauh iaitu sehingga 4 kilometer. Video yang keluar pada set kepala ini juga mempunyai resolusi 720p dengan 120FPS.

FPV System ini juga mampu merakam dua camera sekali gus iaitu camera yang terdapat pada drone dan juga yang terdapat pada FPV Goggles yang disediakan dengan menggunakan microSD card. Camera pada drone tersebut mampu untuk rakam video pada 1080p dengan 60FPS ataupun pada 720P pada 120FPS. Manakala FPV Goggle pula mampu merakam video pada 720P dengan 60FPS.

Terdapat 3 mod yang disediakan pada camera yang terdapat pada FPV System ini iaitu Racing, Standard dan juga LED. Bagi Racing Mod, video akan dirakam pada saturation yang tinggi supaya memudahkan penonton membezakan halangan pada track perlumbaan.

Untuk Standard Mod pula, video yang dihasilkan akan lebih jelas kerana ia akan memfokuskan pada warna dan object detail. Dan akhir sekali untuk LED Mod pula lebih sesuai digunakan pada waktu malam. Set ini dikatakan akan dijual pada harga USD929 dan buat masa ini tiada info bila FPV System ini akan dijual di Malaysia.

KATALAKI: Selalu nampak geng drone race dekat Padang MPAJ, Pandan Indah.

Last modified: 2 August 2019