Dokumentari Rocky Balboa Selama 40 Tahun

Sembang

Selain daripada Rambo, pelakon veteran legenda, Sylvester Stallone terkenal gak dengan nama Rocky Balboa. Korang ingat lagi tak filem-filem Rocky yang korang pernah tengok masa zaman muda remaja dulu?

Image Via : pinterest.com

Filem pertama Rocky ditayangkan pada tahun 1976, masa ni umur Sylvester Stallone baru 30 tahun. Kalau korang nak tahu, bajet untuk filem pertama Rocky ni sebanyak 1 Juta US Dollar je. Tapi jumlah kutipan tiket kat pawagam mencecah sehingga 225 Juta US Dollar. Pehhh.

Image Via : imdb.com

Tak cukup dengan kutipan tiket yang diterima mengejutkan, filem pertama Rocky juga berjaya menang 3 anugerah dalam Academy Awards pada tahun 1977 iaitu Best Picture, Best Director dan Best Film Editing.

Image Via : oscars.org

Setakat ni dah ada 7 filem sequel untuk filem Rocky antaranya Rocky II (1979), Rocky III (1982), Rocky IV (1985), Rocky V (1990), Rocky Balboa (2006), Creed (2015) dan Creed II (2018). Filem mana satu yang korang terlepas nak tengok? Ke semua filem sequel Rocky korang dah hafal skrip dia?

Rocky Balboa (2006). Image Via : failedcritics.com

Sylvester Stallone sendiri dah bagi hint yang filem Creed II ialah filem terakhir lakonan Sylvester Stallone pegang watak Rocky Balboa.

Baru-baru ni, Sylvester Stallone bagi tahu yang akan ada dokumentari khas pasal Rocky Balboa sepanjang 40 tahun kelahiran watak peninju teragung dalam dunia perfileman.

 

View this post on Instagram

 

Coming soon is an AMAZING behind the scenesof the making of the 1st ROCKY … never ever seen before footage ! Directed with incredible skill by Derek Johnson . @40YearsofRocky @dwjohnson16

A post shared by Sly Stallone (@officialslystallone) on

Setakat ni belum lagi ada trailer atau tarikh tayangan rasmi untuk dokumentari terbaru Rocky ni. Sama ada akan ditayangkan kat wayang ke, Netflix ke, belum gak diberitahu. Tapi apa yang pasti, dokumentari ni nanti ada rakaman filem-filem Rocky sebelum ni yang tak pernah ditunjukkan kepada orang ramai.

Image Via : katu.com

Sambil kita tunggu trailer dokumentari Rocky ni, nah ada hadiah untuk korang. Layan jap Instagram anak-anak Sylvester Stallone yang cun melecun kat bawah ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sistine (@sistinestallone) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia Stallone (@sophiastallone) on

KATALAKI: Tahun ni Sylvester Stallone dah berumur 73 tahun.

Last modified: 29 April 2019