Korang kenal tak siapa Donald Glover? Atau korang lebih kenal Childish Gambino? Dua nama ni sebenarnya orang yang sama. Donald Glover seorang pelakon dan pelawak, menggunakan nama Childish Gambino sebagai stage name kalau tengah beraksi sebagai penyanyi.

Image Via : vanityfair.com
Donald Glover atau Childish Gambino pernah famous dengan lagu “This is America”.
Baru-baru ni Donald Glover menggunakan teknologi dengan sebaiknya dan secara sengaja menghantar gambar sepasang kasut Adidas menggunakan AirDrop kat Coachella.
childish gambino airdropped a picture at coachella of his adidas collab and everyone who accepted got a pair of his unreleased shoes… pic.twitter.com/JLKsmNb4LM
— jay ➐ (@THEGOODSlDE) April 12, 2019
Sebelum ni pernah tak ada orang yang tak dikenali try untuk AirDrop gambar kat korang? Apa korang rasa? Dia punya cemas tu lain macam. Tapi kali ni, nama Donald Glover yang keluar kat AirDrop.

Image Via : hypebeast.com
Ni lah dia kasut terbaru hasil kolaborasi Adidas X Donald Glover yang diberikan secara percuma menggunakan AirDrop kat Coachella. Siapa yang accept AirDrop daripada Donald Glover, diberi masa 60 minit untuk ambil kasut Adidas X Donald Glover ni dan kena sign kontrak sebelum dibenarkan untuk ambil kasut ni.

Image Via : complex.com
Ada 3 syarat dalam kontrak tersebut antaranya kena pakai kasut Adidas X Donald Glover, kena datang tengok Donald Glover perform kat Coachella dan kena pakai kasut ni sepanjang festival Coachella. Takde apa sangat la kontrak ni rasanya, dapat kasut free kot.

Image Via : complex.com
Setakat ni, 16 April 2019, kasut Adidas X Donald Glover ni belum lagi dipasarkan untuk dijual oleh Adidas. Untung teruk siapa yang terawal dapat kasut ni. Free lak tu.
KATALAKI: Yang guna Android kat Coachella kira melopong je la eh?