Doom Patrol: X-Men Versi DC?

Sembang

Baru-baru ini, pihak DC telah mengeluarkan trailer untuk siri terbaru mereka iaitu Doom Patrol. Tapi Doom Patrol ini apa? Kalau korang nak tahu, Doom Patrol merupakan satu team superhero dari DC yang lebih kurang seperti team X-Men keluaran Marvel.

Aik, Takkan Doom Patrol ini tiru X-Men kan? Sebenarnya Doom Patrol telah mula diperkenalkan dahulu sebelum X-Men. Doom Patrol telah diperkenalkan pada June 1963 dalam komik My Greatest Adventure isu 80 Manakala XMen pula diperkenalkan pada September 1963. So siapa tiru siapa sebenarnya ni?

Writer untuk komik Doom Patrol, Arnold Drake pernah memberitahu yang dia percaya yang mendiang Stan Lee sedar yang X-Men ditiru daripada Doom Patrol. Namun sebelum Drake meninggal pada tahun 2007, Dia berkata yang mungkin Stan Lee juga mempunyai idea yang sama dengan dia secara tak sengaja memandangkan mereka berada dalam scene yang sama.

Berbalik kepada Doom Patrol, ia berkisahkan tentang sekumpulan remaja yang yang dibenci oleh orang-orang sekeliling mereka disebabkan mereka lain daripada manusia normal. Team yang diketuai oleh The Chief dan dianggotai oleh Robotman, ElastiGirl, Negative Man, Crazy Jane dan Cyborg.

Demi menyelamatkan dunia daripada dihancurkan oleh supervillain iaitu Mr. Nobody, mereka kena berkerjasama dan cuba memahami dan mengawal superpower yang mereka ada sekarang. Jum kita berkenalan sikit dengan watak-watak dalam siri tv terbaru daripada DC Doom Patrol ini.

THE CHIEF

Dr. Niles Caulder merupakan seorang genius namun lumpur separuh badan. Ini menyebabkan dia terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda sama seperti Prof. X daripada siri X-Men. Caulder sangat handal dalam mencipta barang-barang dan disebabkan kepakaran ini membuatkan dia kaya raya.

Dengan mengunakan nama panggilan The Chief, dia mencipta satu team yang dipanggil Doom Patrol untuk membela nasib orang yang teraniaya dan melawan jenayah. Dia juga bertanggungjawab dalam mencipta badan Robotman dan membantu ahli-ahli lain mengawal superpower mereka.

ROBOTMAN

Robotman atau nama sebenarnya CliffordCliffSteele merupakan seorang pelumba kereta yang menemui kemalangan yang dasyat semasa perlumbaan kereta terbesar Indianapolis 500. Disebabkan kemalangan tersebut, tubuh badannya telah hancur dan atas kepakaran The Chief, Otak Cliff telah dipindahkan didalam badan robot yang dibuat oleh The Chief.

Selain mempunyai superhuman strength, Robotman juga mempunyai kepantasan dan daya tahan yang lebih bagus daripada manusia biasa. Robotman juga mampu untuk merubah tubuh badan dia dengan alat-alat ganti dan menambah senjata pada tubuh badannya.

ELASTI-GIRL

Rita Farr merupakan seorang ahli sukan renang dan pelakon yang semakin terkenal di Hollywood. Semasa sedang shooting di Africa, Tubuh badannya telah terdedah dengan gas dari gunung berapi. Setelah itu dia mendapati dia boleh mengembangkan dan mengecilkan tubuh badannya.

Disebabkan dia tidak mampu control perubahan yang terjadi pada dirinya, dia telah melarikan diri kerana dihina sebagai manusia pelik oleh orang ramai. Dia telah berkahwin dengan seorang lagi superhero iaitu Mento dan kemudiannya telah mengambil Gar Logan iaitu Beast Boy sebagai anak angkat mereka.

NEGATIVE MAN

Merupakan seorang juruterbang bernama Larry Trainor. Semasa sedang menguji kapal terbang, Larry telah terdedah dengan radioactive field. Disebabkan kemalangan ini, Tubuh Larry mampu untuk melepaskan Negative Energy daripada tubuh badannya.

Negative Energy ini dilihat seperti tubuh badan manusia yang mampu terbang dengan laju, meletupkan objek dan mampu pass through solid materials. Malangnya bila Negative Energy ini keluar daripada badan Larry, dia akan menjadi lemah dan Negative Energy tersebut kena kembali kedalam badan Larry dalam masa 60 saat atau Larry akan mati.

CRAZY JANE

Crazy Jane merupakan watak yang paling unik diantara semua ahli Doom Patrol. Ini kerana dia mempunyai lebih 64 personality dalam tubuh badan dia dan setiap personality ini mempunyai superpower yang berbeza-beza!

Dia mendapat superpower ini bila dia terdedah dengan dengan Gene Bomb yang dimiliki oleh makhluk asing yang bernama Dominators. Sebagai contoh tubuh badan Jane akan berubah menjadi warna biru, matanya berubah menjadi warna merah dan mempunyai kuku yang sangat tajam bila personilitinya berubah menjadi Black Annis.

CYBORG

Cyborg merupakan watak yang ganjil didalam siri tv Doom Patrol kerana didalam komik, Cyborg tak pernah pun join team Doom Patrol. Kalau korang nak tahu, Cyborg ini adalah Cyborg yang sama yang muncul dalam filem Justice League dan dalam komik Teen Titans.

Nama sebenar Cyborg adalah Victor Stone. Victor merupakan anak kepada Silas Stone, seorang scientists. Satu hari semasa sedang membuat kajian tentang InterDimensional, satu makhluk telah terlepas dan telah menyerang Victor menyebabkan tubuh badannya hancur. Ayahnya telah mengambil apa yang tinggal dari badannya dan memasukan tubuh badan mechanical dan menjadikannya sebagai Cyborg.

MR NOBODY

Mr. Nobody atau nama sebenarnya Eric Morden merupakan supervillain dalam siri Doom Patrol. Dia mempunyai tubuh badan yang tidak lengkap dan sebahagian anggota badannya berwarna hitam.

Dia mempunyai superpower yang mampu untuk drain sanity daripada manusia lain yang kemudian menyebabkan mangsanya menjadi gila. Dia mendapat superpower ini bila dirinya telah menjadi bahan uji kaji exnazi scientist.

Doom Patrol akan mula ditayangkan pada 15 February 2019 di DC Universe, salah satu videoondemand streaming service kepunyaan DC Entertainment dan Warner Bros. Digital Network. Antara pelakon yang muncul dalam siri tv Doom Patrol ini adalah Brendan Fraser yang melakonkan watak Robotman.

KATALAKI: Lama tak nampak Brendan Fraser berlakon. huhu

Last modified: 14 February 2019