Download Hitman Absolution Percuma!

Game, Tech

Kalau korang peminat permainan video Hitman, korang mesti pernah main game Hitman Absolution. Game ini bagi aku adalah game yang paling best antara semua game Hitman yang pernah aku main selama ini.

Game yang penuh dengan jalan cerita, mission dia yang menarik dah memerlukan korang berfikir bermacam-macam cara untuk bunuh semua enemy dalam ini tanpa diketahui oleh enemy lain. Senang cerita korang kena bunuh dorang secara senyaplah!

Kalau korang tak pernah main lagi game Hitman Absolution ini, korang memang bernasib baik sebab sekarang ini korang boleh download Hitman Absolution ini secara percuma bro!

Korang boleh download game ini di Game Sessions. Bagi yang pertama kali dengar Game Sessions, website ini lebih kurang seperti Steam yang mana korang boleh beli dan main game melalui gaming launcher mereka.

Hitman Absolution ini boleh di download melalui hari ini sehinggalah sehingga 13 February 2019 sahaja. Bila korang dah siap download, make sure korang main game tersebut at least selama 5 minit untuk memastikan game ini terus berada dalam account korang. Kalau korang nak download, korang boleh klik di SINI.

Permainan video Hitman mula dikeluarkan pada tahun 2000 untuk PC yang bernama Hitman: Codename 47. Hitman mengisahkan tentang Agent 47, seorang manusia clone yang telah di enchance. Dia telah berkhidmat dibawah Agency, sebuah contract killing organization.

Didalam Hitman Absolution, Agent 47 telah mengkhianati International Contract Agency (ICA) selepas dia telah diarahkan untuk membunuh sahabat baiknya iaitu Diana Burnwood yang juga merupakan ahli ICA.

Dalam masa yang sama, Agent 47 harus melindungi Victoria, seorang gadis remaja yang telah genetically engineered untuk dijadikan assassins seperti Agent 47 oleh ICA. Korang harus cuba melarikan diri dari agent-agent ICA yang lain yang mana telah dihantar untuk membunuh korang! 

KATALAKI: Main game ni korang kene betul-betul stealth, jangan main serbu je hahaha! 

SUMBER: GamerSantai

Last modified: 25 January 2019