Drama Bersiri DARK Paling Popular Kat Netflix?!

Sembang, ZAP, ZeKool

Sama ada korang dah pernah dengar atau dah pernah tonton, drama bersiri yang berasal dari Jerman bertajuk Dark, dipilih dan diundi oleh pengunjung laman web Rotten Tomatoes sebagai Netflix Original Series terbaik sejak Netflix Original Series mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 2012 menerusi drama bersiri House of Cards.

Rotten Tomatoes yang dikenali di seluruh pelosok dunia sebagai salah sebuah laman web yang memberi rating dan review yang tepat kepada setiap filem dan drama yang pernah ditayangkan di dunia, berjaya mengumpul sebanyak 2.5 juta undian untuk menentukan drama bersiri Netflix mana satu yang paling terbaik. Selain daripada Dark yang diundi sebagai drama bersiri Netflix terbaik, drama popular yang lain juga dicalonkan untuk diundi sehingga ke pusingan terakhir antaranya Mindhunter, Peaky Blinders, House of Cards, Narcos, Stranger Things, Bojack Horseman, You, Ozark dan Black Mirror yang tewas kepada Dark di pusingan terakhir.

Drama bersiri Dark yang mula ditayangkan pada tahun 2017, menceritakan tentang kejadian yang berlaku selepas dua orang kanak-kanak hilang dan menyebabkan terbongkarnya hubungan rahsia di antara 4 buah keluarga yang melibatkan konspirasi time travel. Drama bersiri Dark juga pernah dibandingkan dengan Strangers Things yang dikatakan mempunyai beberapa persamaan.

Walau bagaimanapun, drama bersiri Dark dikatakan lebih sesuai ditonton oleh penonton dewasa berbanding Strangers Things yang menjadi drama bersiri pilihan ramai penonton remaja. Drama bersiri Strangers Things mula ditayangkan di Netflix terlebih dahulu pada tahun 2016 sebelum Dark mula muncul di Netflix. Ada gak yang mengatakan, drama bersiri Dark mampu membuatkan penonton taksub, tahap ketaksuban yang sama seperti menonton drama bersiri Game of Thrones.

Belum pernah lagi menang sebarang anugerah setakat ni, drama bersiri Dark dah ditayangkan selama 2 musim, musim pertama pada tahun 2017 dan musim kedua pada tahun 2019. Penggemar-penggemar drama bersiri Dark masih lagi menantikan musim terbaru iaitu musim ketiga yang bakal ditayangkan tak lama lagi.

KATALAKI: Boleh la try layan dulu episod pertama, baru boleh tahu drama bersiri Dark sesuai tak dengan selera korang.

Last modified: 13 May 2020