Drama Hafizh Syahrin, KTM & MotoGP

Aktif, Motorsports

Perlumbaan MotoGP di Sepang pada 3 November 2019 hari tu merupakan perlumbaan terakhir untuk Hafizh Syahrin dalam kelas MotoGP selepas beraksi selama dua musim, tahun 2018 dan 2019. Pencapaian terbaik Hafizh Syahrin dalam kelas MotoGP adalah di perlumbaan litar Argentina pada tahun 2018, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Pada pendapat kami, prestasi Hafizh Syahrin yang teruk untuk musim 2019 ni bukan salah Hafizh Syahrin semata-mata. Semuanya bergantung kepada nasib dan rezeki setiap pelumba. Pada tahun 2018, Hafizh Syahrin bersama dengan pasukan Monster Yamaha Tech 3, sebuah pasukan yang berpengalaman dan mampu untuk bersaing dengan pasukan-pasukan ternama yang lain. Sebab tu Hafizh Syahrin mampu untuk bersaing dengan 10 pelumba terbaik dalam setiap perlumbaan pada tahun 2018.

Penghujung musim 2018, pasukan Tech 3 buat pengumuman mengejutkan, tidak lagi bersama dengan Yamaha dalam saingan MotoGP. Bermula musim 2019, pasukan Tech 3 menggunakan jentera baru yang kini dikenali sebagai Red Bull KTM Tech 3.

 

View this post on Instagram

 

THANK YOU YAMAHA for an incredible era that comes to an end today ๐Ÿ™๐Ÿป

A post shared by Red Bull KTM Tech3 (@redbullktmtech3) on

Bukannya jentera KTM tak mampu untuk bersaing dengan Yamaha, Honda atau Ducati dalam MotoGP, tapi mungkin mengambil masa yang lama untuk betul-betul mampu untuk tunjuk belang dalam saingan MotoGP. KTM baru 3 tahun terlibat dalam perlumbaan MotoGP secara rasmi sejak tahun 2017. Johann Zarco terpaksa diketepikan sebagai pelumba KTM lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya mengikut kontrak, mungkin sebab banyak sangat complaint pasal jentera KTM.

Bermula musim 2020, Hafizh Syahrin akan berlumba dalam kelas Moto2 bersama pasukan baru,ย รngel Nieto Team bergandingan dengan Aron Canet menggunakan jentera Triumph 765ccย . Kami percaya Hafizh Syahrin boleh buat comeback dan kembali memeriahkan saingan MotoGP tahun 2021 nanti.

Kalau korang yang dah tak menyabar nak beli tiket MotoGP untuk perlumbaan di Sepang tahun 2020 nanti, dah boleh beli dah sekarang ni. Beli cepat-cepat ni harga lagi murah rasanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sepang Circuitยฎ (@sepangcircuit) on

Tahniah gak untuk Petronas yang baru-baru ni secara rasmi menjadi pembekal minyak rasmi untuk semua perlumbaan Moto2 dan Moto3 bermula tahun 2020. Semoga lebih mudah dan lebih ramai pelumba-pelumba muda Malaysia bersaing dalam perlumbaan Moto3, Moto2 dan seterusnya MotoGP nanti.

KATALAKI: Dah boleh start follow akaun media sosial Angel Nieto Team ramai-ramai.

Last modified: 7 November 2019