Drama Netflix Yang Berjaya Menang Emmy Awards

Sembang

Pada 22 September 2019 hari tu, dah berlangsungnya Primetime Emmy Awards yang ke-71 untuk memberikan anugerah kepada drama-drama terbaik yang bersiaran di Amerika Syarikat dari 1 Jun 2018 sehingga 31 May 2019. Kalau ada lagi yang masih tak tahu, Primetime Emmy Awards ni setanding dan setaraf dengan Academy Awards dan Grammy Awards. Academy Awards tu untuk filem dan Grammy Awards untuk muzik.

Image Via : adweek.com

Dalam banyak-banyak penyiar drama di Amerika Syarikat, hanya 3 penyiar yang bersaing sengit untuk menggondol anugerah yang diberikan di Primetime Emmy Awards iaitu HBO, Netflix dan Amazon. Jadi kali ni, kami senaraikan drama Netlfix yang berjaya menang anugerah di Primetime Emmy Awards yang ke-71 supaya korang boleh tengok drama-drama ni yang memang diakui best dan gempak sampai berjaya menang anugerah.

Black Mirror: Bandersnatch

Image Via : polygon.com

Black Mirror: Bandersnatch merupakan filem interaktif pertama yang ditayangkan kat Netflix pada 28 Disember 2018. Filem ni memerlukan penonton untuk menentukan hala tuju, keputusan dan perjalanan watak utama, Stefan Butler.

Image Via : thenational.ae

Di Primetime Emmy Awards yang ke-71, Black Mirror: Bandersnatch berjaya menang anugerah Outstanding Television Movie. Tahun lepas, anugerah yang sama berjaya dimenangi oleh Black Mirror: USS Callister.

When They See Us

Image Via : deadline.com

Drama bersiri yang diambil daripada kisah benar yang berlaku pada tahun 1989, When They See Us mengisahkan pasal 5 orang kanak-kanak yang dituduh dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan merogol, dibebaskan beberapa tahun kemudian selepas berjaya membuktikan dirI mereka tidak bersalah.

Image Via : mtv.com

When They See Us berjaya menang anugerah Outstanding Lead Actor in a Limited Series or Movie melalui watak yang dilakonkan oleh Jharrel Jerome sebagai Korey Wise. Sebelum ni kami pernah ceritakan dengan lebih mendalam pasal drama When They See Us ni. Korang boleh baca kat sini okeh.

Ozark

Image Via : vox.com

Ozark mengisahkan mengenai seorang penasihat ekonomi yang terlibat dengan kartel dadah Mexico, kemudian terpaksa berpindah ke sebuah kawasan yang dikenali sebagai Ozark bersama keluarganya dan terlibat dengan jenayah-jenayah lain di Ozark.

Image Via : wmagazine.com

Ozark berjaya bawa balik 2 anugerah di Primetime Emmy Awards yang ke-71 iaitu Outstanding Supporting Actress in a Drama Series yang dimenangi oleh Julia Garner dan anugerah Outstanding Directing for a Drama Series menerusi episod “Reparations“.

KATALAKI: Kalau tak pernah lagi tengok, boleh la korang try layan drama-drama Netflix yang berjaya menang anugerah ni.

Last modified: 4 October 2019