Dressing Room Terbaik Dunia

Aktif, Bola

Kalau korang peminat bola sepak yang selalu travel satu dunia dan sempat gak singgah stadium team bola sepak ternama di dunia, mesti dapat masuk dan tengok macam mana keadaan dressing room dorang kalau korang ikut stadium tour yang disediakan, betul?.

Image Via : Real Madrid

Tapi kalau korang tak rezeki lagi nak pergi tengok depan mata dressing room pasukan ternama dunia atau pun pasukan favourite korang sendiri, jom kita layan gambar macam mana rupa dressing room terbaik di dunia.

Manchester United, Old Trafford

Image Via : Pinterest

Image Via : @ManUtd

Diberi gelaran “The Theater of Dreams” oleh Bobby Charlton, dressing room kat Old Trafford baru je siap refurbished pada tahun 2018.

Untuk info, Old Trafford merupakan stadium kedua terbesar di England selepas stadium Wembley.

Liverpool, Anfield

Image Via : thisisanfield.com

Image Via : @LFC

Siap refurbished pada tahun 2017, Anfield merupakan stadium ke-6 terbesar di England. Kehadiran penonton tertinggi yang pernah direkodkan kat Anfield setakat ni ialah perlawanan antara Liverpool dan Wolves pada tahun 1952 dengan jumlah kehadiran seramai 61,905.

Paris Saint-Germain, Le Parc des Princes

Image Via : @PSG_English

Image Via : @PSG_English

Walaupun PSG dikenali dengan team yang kaya-raya, tapi stadium Le Parc des Princes ni sebenarnya disewa oleh PSG. Le Parc des Princes dimiliki oleh Paris City Council. Dah banyak kali dah stadium ni diubahsuai dan dinaik taraf semenjak PSG diambil alih oleh Nasser Al-Khelafi.

Juventus, Allianz Stadium

Image Via : Juventus

Image Via : @twt_bola

Juventus gunakan stadium ni sejak tahun 2011. Sebelum ni, Juventus gunakan Stadium Stadio delle Alpi sebagai stadium rasmi. Stadio delle Alpi diruntuhkan untuk bina stadium baru Juventus ni. Pada tahun 2014, Allianz Stadium pernah menjadi stadium rasmi untuk perlawanan akhir UEFA Europa League 2014.

Manchester City, Etihad Stadium

Image Via : nssmag.com

Sebelum ni stadium rasmi Manchester City ni dikenali sebagai City of Manchester Stadium. Selepas Etihad menjadi penaja rasmi utama Manchester City, nama stadium ni ditukarkan kepada Etihad Stadium. Sama macam PSG, Etihad Stadium ni disewa oleh Manchester City. Bukan milik Manchester City sepenuhnya. Stadium ni dimiliki oleh Manchester City Council.

Atletico Madrid, Wanda Metropolitano

Image Via : @atletienglish

Image Via : @atletienglish

Image Via : @atletienglish

Atletico Madrid baru je pindah ke stadium baru ni pada tahun 2017. Perlawanan akhir UEFA Champions League 2019 nanti akan diadakan kat stadium ni yang boleh menampung jumlah penonton seramai 67,829 orang.

KATALAKI: Ada tak stadium kat atas ni yang korang pernah singgah?

Last modified: 1 April 2019