Dual Screen Smartphone – Biar Betul?!

Gadget, Tech

Vivo merupakan sebuah jenama smartphone buatan China yang mula diperkenalkan pada tahun 2009. Baru-baru ini Vivo telah membuat satu kejutan dalam pasaran smartphone bila mereka mengeluarkan satu smartphone yang lain dari yang lain.

Samartphone terbaru mereka yang dikenali sebagai Vivo NEX Dual Display Edition, didatangkan dengan dual display di bahagian depan dan belakang smartphone.

Mempunyai 6.39 inci  Ultra FullView Display dibahagian hadapan  dengan 91.36% screen-to-body ratio yang boleh dikatakan paling kecil yang aku tahu setakat ini. Ianya juga dikatakan mempunyai ciri notch-free!

Screen di belakang pula adalah sebesar 5.49 inci, kecil sedikit berbanding screen hadapan. Kalau korang perasan dibahagian belakang dia ade satu bulatan yang dipanggil Lunar Ring dimana ianya akan menyala bila ada notifikasi yang masuk seperti email dan message.

Terdapat 3 kamera yang diletakan di bahagian atas belakang screen.Kamera utamanya adalah 12 megapixel dengan Sony IMX363 sensor + 4-axis OIS. Kalau korang perasan tiada kamera dibahagian screen hadapan disebabkan semua kamera diletakan di screen belakang. So kalau korang nak selfie, korang boleh terus guna main camera!

Lagi satu yang buatkan smartphone ini lebih menarik adalah ianya didatangkan dengan 10GB RAM! Bagi processor pula ianya menggunakan Snapdragon 845 dan 128GB memori.

Buat masa ini, info yang kitorang dapat adalah ianya cuma akan dijual di China dengan harga 4,998 Yuan (~RM3037) dan akan mula berada dipasaran pada 29 Dec 2018. Sama ada smartphone Vivo NEX dual display ini akan dijual luar dari pasaran China masih lagi menjadi tanda tanya. Nak tak nak kita kena tunggu dia start jual di China dulu.

 

 

KATALAKI: Macam-macam betul teknologi smartphone sekarang!

Last modified: 21 December 2018