Dubai Bina Clone Bandaraya Terkenal?

Sembang

Melihat rakyat mereka lebih suka bercuti di negara lain, Dubai telah mengambil keputusan untuk mencipta tempat percutian negara lain di beberapa buah pulau yang terdapat di sekitar Dubai. Pulau-pulau ini digelar sebagai The Heart of Europe!

The Heart of Europe ini dibina dekat beberapa pulau di Dubai yang digelar The World Dubai dan disini ada beberapa pulau yang akan dibina untuk menyerupai tempat-tempat popular diseluruh Eropah seperti Sweden, German, Monaco, St, Petersburg, Switzerland dan juga Main Europe.

Dan yang terbaru, pihak Dubai dikatakan akan menambah satu lagi pulau yang dipanggil Floating Venice yang berpandukan kepada Bandar Venice di Itali. Seperti mana yang korang tengok dekat Venice, macam itu jugalah dorang akan bina Floating Venice ini yang mana akan siap dengan Gondola Rides!

Project ini dikatakan telah dilakukan oleh Kleindienst Group yang mana akan menelan belanja sebanyak USD680 Billion. Itu baru belanja untuk Floating Venice sahaja, belum lagi belanja untuk pulau-pulau yang lain. Memang tempat ini akan jadi lokasi pelancongan terapung 5 bintang pertama di dunia.

Di Floating Venice ini akan ada resort yang dibahagikan kepada empat deck dan salah satunya akan berada dibawah laut. Akan terdapat lobby yang dibina dibawah laut bersama-sama dengan 180 bilik tidur dan 3 restoran mewah yang mana korang boleh nikmati makanan sambil melihat hidupan laut yang berenang atas kepala korang.

Pulau ini masih lagi dalam pembinaan dan dikatakan akan dijangka siap pada tahun 2020. Pihak Dubai juga ada menyatakan adaikata pulau Floating Venice ini siap nanti, mereka berharap untuk mengadakan pesta City Carnivale, Binnale dan juga Festa del Rendentore seperti mana yang diadakan di Itali bagi membuatkan pulau ini mempunyai suasana seperti betul-betul berada di Venice, Itali.

KATALAKI: Dubai pandai sebab tak nak bagi orang pergi negara lain hahaha!

Last modified: 22 October 2019