Duduk Rumah Cara Pemain Bola Sepak

Aktif, Bola

Disebabkan semua perlawanan atau kejohanan bola sepak masih lagi ditangguh disebabkan wabak COVID-19, beberapa orang pemain bola sepak ternama sama ada dari Malaysia atau luar negara semakin aktif di media sosial sekarang ni.

Sambil bagi kata semangat dan kesedaran mengenai betapa pentingnya untuk kita semua kekal berada di dalam rumah sejak kes penularan wabak COVID-19, dalam masa yang sama, dorang ada kongsikan gak macam-macam aktiviti tersendiri yang dilakukan kat rumah. Jadi, ini antara aktiviti pemain bola sepak sepanjang berada di dalam rumah yang kami berjaya jumpa di media sosial.

KEKAL BERSENAM

Kalau dah kerja sebagai pemain bola sepak, mengekalkan tahap kecergasan merupakan perkara paling penting walaupun takde perlawanan bola sepak buat masa ni. Kebanyakan pemain bola sepak juga bekerja dari rumah dengan melakukan senaman kecergasan yang ditetapkan oleh pasukan masing-masing memandangkan semua pusat latihan bola sepak ditutup. Tapi senaman kali ni pun versi yang manja-manja, dengan anak-anak kat rumah.

MENARI

Walaupun masuk dalam padang, muka macam nak Tomoi semua orang, tapi pemain bola sepak juga merupakan manusia biasa. Bila dah banyak masa terluang kat rumah, masa ni la kita dapat tengok aksi pemain bola sepak yang jarang kita dapat tengok. Menari sambil bersenam pun ada.

 

View this post on Instagram

 

Precautionary self isolation can be fun❗️

A post shared by Perrie Edwards ✌️🌻 (@perrieedwards) on

 

View this post on Instagram

 

🤣🤣🤣 #stayathomechallenge #stayhome

A post shared by Jamie Vardy (@vardy7) on

CABARAN MEDIA SOSIAL

Kita boleh dikira bertuah walaupun terpaksa kekal berada di dalam rumah untuk tempoh yang lama tapi masih lagi mempunyai akses kepada internet. Bayangkan kalau takde internet. Disebabkan ramai manusia termasuk lah pemain bola sepak yang tengah tekun dengan internet atau pun media sosial sekarang ni, membuatkan semakin banyak cabaran-cabaran yang mula tercetus. Salah satu cabaran yang popular melibatkan pemain bola sepak adalah #StayAtHomeChallenge.

 

View this post on Instagram

 

On a roll 🧻 Wanted to get in on the action…#stayathomechallenge (recovery version 😉)

A post shared by Marcus Rashford (@marcusrashford) on

Yang terbaru, penyerang sensasi Manchester United, Jesse Lingard ada muat naik video terbaru untuk #HomeTopBinChallenge. Untung la rumah besar boleh sepak bola dari jauh.

KAKI PUNCHLINE

Setiap pemain bola sepak mempunyai personaliti yang berbeza walaupun dalam perlawanan semua nampak sama garang.

Selepas memuat naik video mengira uncang teh dan memotong rumput menggunakan pembaris, James Milner yang sekarang ni beraksi bersama Liverpool, memuat naik video terbaru, menyusun barang-barang dirumah yang ada kena-mengena dengan nama pemain bola sepak. Kelakar gak James Milner ni sebenarnya.

KATALAKI: Kalau korang dah takde idea nak buat apa kat rumah, cuba korang try benda ni.

Last modified: 26 March 2020