Dulu Marhaen, Sekarang Berkepuk

Sembang

Latar belakang seorang pelakon tidak semestinya datang daripada keluarga yang berdarah seni atau mempunyai sijil lakonan yang diiktiraf. Contohnya, Channing Tatum ialah seorang stripper sebelum jadi pelakon!

Try usha kat bawah ni untuk korang tahu sejarah pelakon favourite korang sebelum jadi pelakon popular.

Johnny Depp = Telemarketer

Sumber : Getty

Kali pertama Johnny Depp berlakon dalam filem ialah pada tahun 1984, A Nightmare On Elm Street. Sebelum terjebak dengan dunia lakonan, Johnny Depp pernah bekerja sebagai telemarketer untuk menjual pen. Serius doh, penjual pen! Kalau korang yang blur tu, telemarketer ialah salesman yang menjual barang menerusi panggilan telefon. Mungkin daripada situ Johnny Depp belajar bercakap ayat manis ala-ala Captain Jack Sparrow?

Hugh Jackman = Cikgu Sukan

Pelakon yang berasal dari Australia ni pernah menjadi cikgu sukan di  Uppingham School di England sebelum menceburi bidang teater dan kemudiannya menjadi pelakon filem. Satu-satunya pelakon yang pegang watak Wolverine dari dulu sampai sekarang. Hugh Jackman pernah bertembung dengan pelajarnya masa red carpet interview! Usha video kat bawah ni.

Masa interview dengan MTV, Hugh Jackman ada bagi tahu yang Tom Hardy mungkin sesuai bawa watak Wolverine lepas ni. Korang rasa on ke tak on?

Sumber : dailymail.co.uk

Kanye West = Sales Assistant

Kanye West bukan seorang pelakon tapi antara selebriti yang memulakan langkah daripada bawah sampai lah dikenali ramai sekarang ni. Tak hairan lah Kanye West sebelum ni pernah berkolaborasi dengan Nike dan Adidas untuk keluarkan design sneakers yang tersendiri. Sebelum jadi selebriti popular, Kanye West juga pernah bekerja sebagai sales assistant di butik pakaian GAP.

Korang tau tak sebelum ni Kanye West ada keluarkan Yeezy untuk Nike? Disebabkan Nike tak nak bayar royalti kepada Kanye West, Kanye West buat keputusan untuk tarik diri daripada berkolaborasi dengan Nike dan berkolaborasi pula dengan Adidas untuk keluarkan siri sneakers Yeezy yang sehingga kini mendapat sambutan ramai.

Nike Air Yeezy

Adidas Yeezy

Gerard Butler = Trainee Lawyer

Gerard Butler pernah belajar di University of Glasgow School of Law untuk kejar cita-cita jadi seorang peguam. Lepas graduate, Gerard Butler sempat bertugas sebagai peguam pelatih. Tapi sayang sekali, disebabkan masalah keluarga, Gerard Butler jadi seorang alcoholic dan selalu tak datang kerja. Seminggu sebelum diiktiraf sebagai peguam yang sah, Gerard Butler dipecat. Gerard Butler kemudiaannya cuba mencari peluang berlakon teater dan berjaya membintangi filem pertamanya, Mrs Brown ketika berumur 28 tahun.

KATALAKI: Memang dah banyak kali kita dengar. Usaha tu tangga kejayaan. Buktikan!

Last modified: 14 November 2018