Dymka – Kucing Berkaki Besi!

Sembang, ZAP, ZeKool

Pada tahun 2018, seorang doktor haiwan bernama Sergei Gorshkov yang menjalankan sebuah klinik di kota Novokuznetsk telah menerima seekor kucing liar yang dibawa oleh seorang wanita yang terjumpa kucing tersebut ketika beliau sedang memandu.

Kucing tersebut berada dalam kondisi yang sangat lemah kerana telah berada di luar terlalu lama dan juga disebabkan cuaca sejuk Siberia. Kucing tersebut menderita kerana mengalami frostbite pada bahagian-bahagian tubuhnya. Disebabkan kucing tersebut mengalami kecederaan yang teruk, doktor terpaksa memotong ekornya, kedua-dua telinga termasuk keempat-empat kakinya.

“Terdapat dua kemungkinan: sama ada kucing tersebut melarikan diri atau jatuh dari aras yang tinggi. Malangnya, frostbite pada haiwan adalah masalah yang sangat besar di Siberia” kata doktor Sergei Gorshkov.

Ketika musim sejuk, doktor pakar haiwan di klinik Novosibirsk kebiasaannya akan merawat lima hingga tujuh kucing yang dibawa masuk dengan masalah frostbite. Dalam beberapa kes yang paling dahsyat, kecederaan frostbite akan memerlukan doktor untuk melakukan amputasi kepada pesakit. Tetapi setahun kemudian, ada seekor kucing yang kini telah sihat dan mampu berjalan secara sempurna dengan bantuan cantuman kaki prostetik titanium.

Seperti yang dilaporkan dalam The Moscow Times, kucing kelabu yang dinamakan sebagai Dymka telah bernasib baik kerana telah dibawa ke klinik doktor Gorshkov dimana mereka telah bekerjasama dengan pakar jurutera dan penyelidik dari Tomsk Polytechnic University (TPU) untuk menghasilkan kaki prostetik khas yang diberbuat daripada besi titanium bagi mengantikan keempat-empat kaki Dymka yang telah dipotong.

Dengan bantuan ahli pakar dan penyelidik yang mengunakan tomografi berkomputer untuk merekakan kaki khas buat Dymka dalam bentuk 3D model kemudian dicetak menggunakan 3D printer khas. Anggota badan terbaharu Dymnka telah dipasang mengikut kesesuainya.

Untuk menggelakkan daripada sebarang jangkit kepada kaki prostetik Dymka dan agar tubuh badannya dapat menerima kaki besi titaniumnya itu. Team Pakar perubatan haiwan mengunakan kalsium fosfat di hujung implan titanium yang membolehkan mereka untuk menyuntik kalsium tersebut ke tulang kaki melalui proses yang dikenali sebagai “micro-arc oxidation”.

Tapak pada kaki besi titanium Dymka direka untuk membentuk seperti tapi kaki kucing sebenar dan ianya juga diperbuat daripada material yang flexible dengan tekstur di bahagian bawah yang membolehkan Dymka berjalan atau berlompat dengan selesa seperti biasa.

Menurut kumpulan pakar TPU, prosedur operation yang mereka lakukan kepada Dymka terdapat dalam 2 jenis fasa. Pada awalnya, Dymka menerima 2 kaki prostetik titanium untuk kaki dibahagian depan, dan seterusnya menerima satu lagi set untuk kaki dibahagian belakang. Kesemua empat-empat kaki Dymka melalui prosedur pembedahan yang dilakukan pada July 2019. Pada bulan Disember 2019, Dymka telah pun pulih daripada pembedahannya dan berada dalam keadaan fully recovered.

Dalam sejarah perubatan haiwan. Dymka bukanlah kucing pertama yang menerima pembedahan kaki titanium prostetik. Pada tahun 2016, klinik yang sama di Novosibrisk telah menjalankan operasi pembedahan yang sama kepada seekor kucing bernama Ryzhik. Sama seperti Dymka, Ryzhik juga menderita dengan kesakitan frostbite kepada keempat-empat kakinya dimana doktor pakar terpaksa memotong dan digantikan dengan kaki prostetik.

Walaupun cuaca sejuk di Siberia yang melampau, tapi tak semua kucing terdedah dengan kesejukkan cuaca disana. Terdapat beberapa jenis baka Siberian Cats yang boleh hidup dengan selesa dalam cuaca kesejukkan. Siberian cats ini juga adalah sejenis baka khas atau special breed kerana ianya mempunyai bulu yang panjang dan tebal agar tubuh badan kucing Siberia ini dapat menahan dan hidup pada keadaan suhu cuaca yang sejuk.

KATALAKI: Kucing Kaki Besi, dah macam Wolverine dah ni

Last modified: 5 March 2020