Earphone Dengan Teknologi Hybrid Active Noise Cancelling Terbaru!

Gadget, Tech

Semasa pelancaran smartphone OPPO Reno2 baru-baru ini, pihak OPPO turut memperkenalkan earphone pertama mereka yang mempunyai feature Active Noise Cancelling. Earphone ini diberi nama OPPO Enco Q1 dan akan dilancarkan sekali bersama-sama dengan OPPO Reno2 iaitu pada 15 October yang lepas.

Earphone OPPO Enco Q1 ini menggunakan teknologi hybrid active noise cancelling yang mana feedforward dan feedback microphones akan sama-sama bekerja dengan noise cancelling algorithm bagi memaksimumkan fungsi menghalang bunyi daripada luar.

Earphone ini juga turut menggunakan boast dynamic driver unit bersama-sama 11.8mm composite diaphragms. Bagi memantapkan lagi AAC formats, OPPO Enco Q1 earphone ini juga mempunyai tiga 3D audio modes dan juga audio tuning yang dihasilkan oleh specialized acoustics team.

Dengan feature yang ditawarkan ini, pengguna bukan sahaja dapat menikmati audio quality yang mantap tapi mereka juga turut boleh menggunakan earphone OPPO Enco Q1 ini untuk bermain permainan video dan juga semasa menonton video tak kira pun dorang berada.

Design untuk earphone OPPO Enco Q1 ini pun nampak sangat menarik lagi-lagi untuk mereka yang active bersukan. Earphone ini mempunyai rekaan yang ergonomically yang mana pada bahagian earbuds untuk OPPO Enco Q1 ia dicipta untuk match bentuk telinga pengguna.

OPPO Enco Q1 ini juga mempunyai neckband yang akan terletak pada bahagian leher pengguna bagi memberikan keselesaan dan stability yang maksimum. Tak dilupakan earphone OPPO Enco Q1 ini menggunakan USB Type-C untuk pengecasan dan mampu digunakan selama 15 jam jika digunakan dengan noise cancelling dan selama 22 jam jika digunakan tanpa feature noise cancelling.

Earphone OPPO Enco Q1 ini mempunyai battery sebesar 160mAh dan pengguna hanya perlu mengecas selama 10 minit sahaja untuk penggunaan selama 2 jam. Tidak dilupakan earphone ini juga mempunyai sokongan kalis air IPX4.

KATALAKI: Earphone dengan ANC eyyy hmmmmmmm…….

Last modified: 21 October 2019