El Camino: Penyudah Breaking Bad Selepas 11 Tahun

Sembang

Bagi peminat tegar drama bersiri Breaking Bad, bila sebut atau terbaca je nama Walter White, boleh tegak bulu roma. Terus teringat balik watak lelaki tua nerd yang menghidap penyakit kanser paru-paru lama-kelamaan bertukar menjadi watak yang menggerunkan selepas terlibat dalam bisnes dadah methamphetamine, dilakonkan oleh Bryan Cranston.

Selain Walter White, watak Jesse Pinkman lakonan Aaron Paul juga merupakan salah satu watak yang menguatkan lagi drama bersiri Breaking Bad yang mula ditayangkan pada tahun 2008 sehingga tahun 2013. Selepas watak Walter White mati dalam episod terakhir Breaking Bad, perjalanan watak Jesse Pinkman diteruskan lagi dalam filem El Camino: A Breaking Bad Movie yang ditayangkan di Netflix bermula 11 Oktober 2019.

Filem El Camino: A Breaking Bad Movie bermula selepas Jesse Pinkman diselamatkan oleh Walter White daripada dikurung oleh orang jahat dalam episod terakhir drama bersiri Breaking Bad dan kini masih lagi dalam buruan pihak polis. Apa yang berlaku kepada Jesse Pinkman semasa lari daripada buruan pihak polis dan berjaya atau pun tidak, tu korang kena tengok la sendiri filem ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Breaking Bad (@breakingbad) on

Kalau korang harapkan aura dan keseronokan yang ada kat watak Walter White dalam filem ni, memang takde la cerita dia sebab watak Walter White dah mati. Memang Jesse Pinkman je yang pegang watak utama dalam filem ni. Walaupun takde Walter White, tapi masih lagi ada watak-watak yang pernah berkait dengan hidup Walter White dan Jesse Pinkman iaitu kawan baik kepada Jesse Pinkman, Badger dan Skinny Pete, juga watak Todd yang sebelum ni mula diperkenalkan dalam musim terakhir drama bersiri Breaking Bad.

Image Via : huffpost.com

Image Via : bustle.com

Yang masih lagi tertanya-tanya kenapa filem Breaking Bad ni diberi tajuk El Camino, kereta yang dipandu oleh Jesse Pinkman selepas lari daripada tahanan orang jahat dan di permulaan filem ni menggunakan kereta milik Todd yang dikenali sebagai Chevrolet El Camino.

Image Via : motorbox.com

Ramai penonton yang dah tengok filem ni berpendapat, El Camino: A Breaking Bad Movie tak macam filem pun. Tapi lebih kepada satu episod Breaking Bad yang panjang untuk menceritakan kesudahan hidup Jesse Pinkman. Storyline filem El Camino: A Breaking Bad Movie juga mungkin agak slow disebabkan boleh tahan banyak babak flashback yang berkait dengan drama bersiri Breaking Bad terutama sekali babak yang melibatkan Jesse Pinkman dan Todd.

Image Via : geektyrant.com

Disebabkan pengambaran filem El Camino: A Breaking Bad Movie berlaku pada tahun 2018 iaitu 5 tahun selepas episod terakhir Breaking Bad ditayangkan, kebanyakan pelakon dah berbeza daripada segi fizikal. Bagi kami mungkin agak spoil sikit kat situ. Sebab perjalanan filem ni bermula selepas Walter White mati, tapi kebanyakan pelakon ada yang dah nampak jauh lebih berumur dan berisi termasuk lah semasa babak flashback. Contohnya, watak Todd paling ketara. Sorang je watak yang masih kekal penampilan sama macam dalam Breaking Bad iaitu Skinny Pete.

KATALAKI: Kalau yang dah pernah layan Breaking Bad sepanjang 5 musim, wajib la tengok filem El Camino: A Breaking Bad Movie ni.

Last modified: 23 October 2019