El Clasico Tanpa Cristiano Ronaldo Dan Lionel Messi

Aktif, Bola

El Clasico merujuk kepada perlawanan bola sepak paling famous dan epik di Sepanyol antara FC Barcelona dan Real Madrid C.F. Seluruh peminat bola sepak menantikan perlawanan ni setiap tahun untuk saksikan dua pasukan bola sepak ternama yang dibarisi bakat-bakat world class berentap di atas padang.

Sumber Gambar : Goal.com/Denis Doyle/Getty Images

Penyokong Barcelona digelar Barcelonista dan Madridistas untuk penyokong Real Madrid. Dua puak penyokong ni bermusuhan sejak berlakunya kekeliruan ketika Barcelona dan Real Madrid cuba menandatangani pemain lagenda Alfredo Di Stefano pada tahun 1953. Hasil campur tangan kerajaan Spain, Alfredo Di Stefano sah bermain untuk Real Madrid dari 1953-1964 dengan 308 jaringan gol dalam 396 perlawanan rasmi.

Sumber Gambar : Pedro Armestre/AFP/Getty Images

28 Oktober 2018 merupakan El Clasico pertama tanpa kelibat dua bintang dunia bola sepak, Lionel Messi yang dikatakan cedera retak lengan kanan dan Cristiano Ronaldo yang dah pindah ke Juventus F.C.

Kali ni Thelaki sediakan antara pemain-pemain yang belot sesama sendiri main untuk Barcelona dan Real Madrid. Dua-dua team dia sapu!

Pemain Yang Pernah Bermain Untuk Barcelona Dan Real Madrid

Sumber Gambar : Laurence Griffiths/Getty Images

Walaupun Barcelona dan Real Madrid ialah musuh ketat, tapi ada juga pemain kedua-dua pasukan ni yang berani berpindah untuk bermain dengan musuh ketat mereka.

Luis Enrique (Real Madrid, 1991-1996 Dan Barcelona, 1996-2004)

Luis Enrique buat keputusan untuk berpindah ke Barcelona selepas Real Madrid gagal untuk menyambung kontraknya yang tamat pada tahun 1996. Luis Enrique juga pernah jadi manager Barcelona selama 3 tahun dengan 9 trofi kejuaraan.

Samuel Eto’o (Real Madrid, 1997-2000 Dan Barcelona, 2004-2009)

Pemain terbaik Cameroon ni sertai Real Madrid pada 1997 tapi tak pernah langsung bermain untuk pasukan senior Real Madrid. Eto’o dipinjamkan ke Leganes, Espanyol, Mallorca. Eto’o dibeli oleh Mallorca selepas dipinjam untuk satu musim. Masa ni la Barcelona nampak penyudah berbisa Eto’o yang beraksi bersama Mallorca menjaringkan 48 gol dalam 120 perlawanan. Eto’o sah beraksi bersama Barcelona pada tahun 2004.

Ronaldo (Barcelona, 1996-1997 Dan Real Madrid, 2002-2007)

Ronaldo hanya bersama dengan Barcelona untuk satu musim dengan 47 gol dalam 49 perlawanan. Di penghujung musim, Ronaldo pindah ke Inter Milan dan bermain selama 5 tahun di Serie A. Tahun 2002, Ronaldo join Real Madrid sehingga 2007 dengan 83 gol dalam 127 perlawanan. Aku sempat juga rasa aura kehebatan Ronaldo walaupun masa tu masih sekolah rendah. Nak-nak lagi masa Ronaldo main untuk Brazil dalam World Cup 2002. Tapi kesian untuk pemain sehebat Ronaldo, tak pernah langsung merasa pegang piala UEFA Champions League.

Luis Figo (Barcelona, 1995-2000 dan Real Madrid, 2000-2005)

Pemain tengah lagenda Portugal ni bermain untuk Barcelona sebanyak 249 perlawanan dan digilai oleh penyokong Barcelona masa tu. Pada tahun 2000, Luis Figo mengejutkan semua peminat bola sepak terutama sekali penyokong The Catalan bila Figo setuju untuk join Real Madrid. Bayangkan player favourite korang join team yang korang benci. Pehhh. Hasilnya, masa kali pertama Figo datang ke Camp Nou sebagai pemain Real Madrid, Figo dihina dan dicaci oleh penyokong Barcelona. Gambar Figo dibakar dan siap kena baling kepala babi!

Kesimpulannya, aku sangat excited untuk tengok El Clasico walaupun Ronaldo dan Messi takde sebab ada ramai lagi player-player baek yang akan beraksi. Luka Modric, Gareth Bale, Isco, Ivan Rakitic, Coutinho, Suarez. Ramai weh star!

KATALAKI: Prestasi Real Madrid tak berapa baik musim ni. Harap-harap tak kena lauk la nanti.

Last modified: 26 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *