Elizabeth Banks Paling Hot Dalam Charlie’s Angel? Yang Lain Apa Cerita?

Sembang

Selepas 16 tahun, filem terbaru Charlie’s Angel yang kini menampilkan angel versi baru yang dilakonkan oleh Kristen Stewart yang pernah popular dengan siri filem Twilight sebelum ni, Naomi Scott yang pernah berlakon dalam filem Aladdin dan juga Ella Balinska, pelakon baru yang berasal dari England.

Filem Charlie’s Angel terbaru diarahkan oleh Elizabeth Banks yang turut berlakon sebagai salah satu watak penting dalam filem ke-3 Charlie’s Angel ni, mula ditayangkan kat Malaysia pada 14 November 2019. Jalan cerita Charlie’s Angel yang terbaru ni masih lagi menggunakan konsep yang sama, 3 wanita penyamar dibawah arahan Bosley (Elizabeth Banks), ketua kepada Townsend Agency, dalam misi menyelamatkan dunia selepas beberapa saintis berjaya menghasilkan sejenis peranti yang boleh menghasilkan bom.

 

View this post on Instagram

 

Like A Boz. πŸ™Œ #CharliesAngels is now playing – get tickets now. 🎟

A post shared by Charlie’s Angels (@charliesangels) on

Disebabkan filem ni merupakan filem pertama yang menampilkan pelakon dan watak baru sebagai Charlie’s Angel, dari mana datang dan asal usul watak yang dipegang oleh Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska akan diceritakan terlebih dahulu sebelum lebih banyak aksi dapat ditonton. Tapi korang jangan risau, di permulaan filem ni pun korang dah disajikan dengan aksi lasak oleh beberapa angel yang berkhidmat di bawah Townsend Agency.

Kalau kita tengok filem-filem yang berunsurkan ejen penyamar atau spy, mesti kita dah boleh bayangkan beberapa senjata yang rare digunakan sepanjang misi menyelamatkan dunia, betul? Contohnya macam dalam filem James Bond, Mission Impossible dan Kingsman. Tapi dalam filem Charlie’s Angel kali ni, ada satu je senjata rare yang ketara digunakan sepanjang kami menonton filem ni. Ada gak babak Charlie’s Angel didedahkan dengan beberapa senjata yang disusun cantik dalam almari dan sebagainya. Tapi malang sekali, satu je senjata yang betul-betul rare yang kami nampak sebagai penonton dalam filem ni. Kalau korang tengok sendiri filem ni nanti, korang akan faham senjata apa yang kami maksudkan.

Filem Charlie’s Angel sebelum ni yang ditayangkan pada tahun 2000 dan 2003 menampilkan pelakon nama-nama besar antaranya Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu. Jadi, memang agak berat lah untuk Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska meneruskan legasi Charlie’s Angel yang ditinggalkan oleh pelakon-pelakon sebelum ni. Mutu lakonan yang ditampilkan oleh Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska dalam filem ni pun not bad gak sebenarnya. Tapi bagi kami, 3 pelakon baru ni belum boleh capai tahap seksi dan hot yang dah memang sinonim dengan jenama Charlie’s Angel. Seksi tu bukan bermaksud pakaian yang digunakan dalam filem ni, tapi cara lakonan watak Charlie’s Angel dan juga bahasa tubuh pelakon tu sendiri. Hanya 2 watak yang kami rasa betul-betul sesuai dengan Charlie’s Angel kali ni dan berjaya menghiburkan penonton iaitu watak yang dilakonkan oleh Naomi Scott dan Elizabeth Banks. Bayangkan lah, tahun 2019 ni Elizabeth Banks dah berumur 45 tahun tapi masih lagi boleh nampak hot dan fun daripada Kristen Stewart dan Ella Balinska.

 

View this post on Instagram

 

Once an Angel, always an Angel. πŸ˜‡ #CharliesAngels, only in theaters November 15th. πŸ’₯

A post shared by Charlie’s Angels (@charliesangels) on

Filem Charlie’s Angel yang terbaru ni ada post-credit scene yang kami rasa babak paling best dalam filem ni dan berbaloi untuk korang stay sampai wayang gelap. Ada penampilan istimewa daripada pelakon Charlie’s Angel yang sebelum ni dan juga pelakon lain antaranya Hailee Stenfeld, Lili Reinhart. Ronda Rousey dan ramai lagi. Satu lagi benda yang best dan boleh dipuji, lagu-lagu yang digunakan dalam filem Charlie’s Angel yang terbaru ni, dari awal sampai habis. Semua lagu gempak.

KATALAKI: Kalau Ronda Rousey yang jadi Charlie’s Angel lagi best dan lagi hot rasanya.

Last modified: 18 November 2019