Emoji² Yang Selalu Orang Salah Guna

Sembang

Rasanya zaman sekarang ni majoriti orang sudah pun memiliki telefon pintar, dan majoritinya juga sudah pun biasa menggunakan aplikasi Whatsapp. Jadi apa yang ada dalam telefon pintar dan aplikasi Whatsapp? Jawapannya adalah Emoji. Ya aku tahu macam tak ada kena mengena tapi saja je nak kaitkan dengan Emoji yang sebati dalam penggunaan chatting melalui Whatsapp. Tahukah anda, majoriti pengguna telefon pintar telah pun menyalahgunakan Emoji? Salah guna di sini bukan lah bermaksud ‘abuse’ tapi lebih kepada bagaimana kita telah tersalah erti maksud sebenar terhadap sesetengah Emoji. Jadi kali ini aku akan share beberapa Emoji yang sering disalah erti maksudnya.

BINTANG ‘PENING’

Ramai juga yang guna Emoji ni untuk menggambarkan ia seperti shooting-star. Aku juga merupakan salah seorang daripada pengguna yang keliru. Sebenarnya Emoji ini bermaksud korang tengah rasa pening kepala. Macam dalam cerita kartun kalau ada watak yang jatuh atau kena pukul, then pening kepala, mesti ada bintang berpusing atas kepala. Jadi Emoji ini memberi maksud yang sama dengan watak kartun yang sedang pening kepala. Lepas ni kalau nak sampaikan maksud pening kepala boleh guna Emoji ni.

MUKA ‘BERSALAH’

Biasa orang-orang kita kalau nak express perasaan bersalah atau kecewa dalam chat mesti guna Emoji ni. Contohnya seperti “sorryyy 😓😓.“ Kira macam acah-acah rasa bersalah punya expression lah. Tapi sebenarnya Emoji ni tak ada kena mengena langsung dengan expression rasa bersalah atau kecewa tu. Air yang korang nampak keluar dari dahi tu merupakan air peluh, dan Emoji ini memberi maksud korang dalam keadaan tertekan, ketakutan atau kesakitan. Jadi Emoji ini bukan lah bermaksud korang rasa bersalah atau kecewa, tapi sedang berada dalam keadaan stress atau takut.

MARAH KELUAR ASAP

Ini pun Emoji yang orang selalu guna untuk menunjukkan ketidakpuasan hati. Kalau korang tengah gaduh manja dengan girlfriend korang tu, mesti dia akan bagi Emoji ni untuk menunjukkan yang dia tengah marah. Sebenarnya Emoji ini membawa maksud kemenangan. Contoh korang menang main game Plato dengan girlfriend korang, so boleh lah bagi Emoji ni dekat dia.

TANGAN ATAS KEPALA

Emoji yang ni sebenarnya mempunyai banyak penafsiran. Ada yang kata Emoji ni bermaksud sedang terkejut. Ada juga yang kata ni sebagai tanda tutup kepala daripada air hujan. Tapi sebenarnya Emoji ini adalah sebagai simbol ‘OK’ yang mana menunjukkan gadis Emoji itu sedang membuat bentuk huruf ‘O’ menggunakan tangannya. Kalau di Jepun ‘O’ itu bermaksud ‘OK’ jadi itu lah yang cuba disampaikan oleh Emoji ini. Kalau kita punya ‘OK’ tu selalunya guna Emoji tangan 👌. 

TANGAN ANGKAT KE ATAS

Biasa kita guna Emoji ni untuk situasi di mana kita nak bersyukur kepada Tuhan. Kira macam praise to Lord lah. Rupanya maksud sebenar Emoji ini tiada kena mengena dengan rasa kesyukuran. Emoji ini sebenarnya bermaksud sedang meraikan sesuatu kejayaan atau memberi ekspresi kepada peristiwa yang positif. 

SASSY GIRL

Emoji ni selalu digunakan untuk menggambarkan yang korang ini adalah ‘sassy girl.’ Mungkin disebabkan gaya tangan yang sebegitu, maka ramai juga yang keliru dengan Emoji ini dan menyalahgunakannya. Sebenarnya Emoji ini menunjukkan seseorang yang sedang bekerja di kaunter pertanyaan. Kalau korang pakai Emoji ni, seolah-olah nak bagitahu yang korang adalah kaunter pertanyaan dan orang yang tengah chat dengan korang tu boleh bertanyakan apa sahaja soalan. Menurut sumber, gaya tangan yang membengkok itu sebenarnya memberi maksud sebagai sedia memberi bantuan.

THINKING OF YOU

Ternyata ramai juga yang menggunakan Emoji ini untuk memberitahu yang dia sedang fikirkan tentang seseorang yang dia sayang atau pun sedang berangan sendirian. Tetapi menurut sumber, Emoji ini sebenarnya memberi maksud yang kita sedang meminta maaf atau menunjukkan rasa hormat. Emoji ini bertujuan untuk menggambarkan dogeza, iaitu amalan orang Jepun berlutut dan bersujud untuk menunjukkan rasa hormat kepada seseorang atau untuk meminta maaf. Boleh nampak tak Emoji ni tengah berlutut?

TANGAN BERDOA

Kalau korang guna Emoji ni untuk tunjuk yang korang tengah minta maaf, maka betul lah penggunaan korang tu. Emoji ini berasal daripada simbolik orang Jepun yang merapatkan kedua-kedua telapak tangan untuk meminta maaf atau menunjukkan rasa berterima kasih kepada orang lain. Walau bagaimanapun, ada juga orang yang gunakan Emoji ni untuk tunjuk yang dia sedang berdoa. Ini bukan simbol tangan berdoa ya.

TANGAN PEACE

Ini bukan tangan peace walaupun terang-terang ia menunjukkan tangan peace. Aku pun confius juga dengan Emoji ni. Sebenarnya Emoji ini bermaksud ‘victory’ atau kejayaan. Kiranya macam nak buat simbol huruf ‘V’ lah.

MUKA KUCING TERKEJUT

Biasanya gadis-gadis ramai lah guna Emoji ni untuk memberi maksud yang mereka sedang terkejut. Sekali pandang Emoji ni pun kita akan nampak macam muka kucing tengah terkejut. Tapi rupanya Emoji ni bermaksud yang korang sedang berada dalam keadaan penat atau kekurangan tidur. Tapi biasa kalau nak cakap kurang tidur kita akan guna Emoji ni 😪 😴.

KATALAKI: Mungkin disebabkan kita dah terbiasa salah guna Emoji² ni, so susah lah sikit nak ubah ke maksud yang betul…

Last modified: 21 July 2020